Malaysia selama ini tidak mengenakan cukai terhadap enjin carian Google dan laman terkenal Facebook, tetapi sebaliknya kedua-dua platform itu pula yang mengenakan cukai terhadap rakyat Malaysia.
Jaminan itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri ketika sesi menjawab saranan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.
Cadangan untuk mengenakan cukai iklan terhadap Google dan Facebook yang dibuat akan diserahkan kepada Jemaah Kabinet pada Rabu, hari ini.
Timbalan Perdanan Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi akan membawa perkara tersebut dalam satu perbincangan yang dibuat iaitu pada 14 Mac (Rabu). Kenyataan dibuat pada sesi dialog Majlis Makan Tengah Hari bersama Ketua-ketua Penerangan dan Pemegang Permit Penerbit di sini pada Selasa.
“Saya akan membawa perkara ini kepada kabinet untuk perbincangan pada Rabu esok (14 Mac),” kata Timbalan Perdana Menteri.
Perkara tersebut adalah cadangan yang dibangkitkan oleh Chun Wai yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat media. Chun Wai turut menegaskan bahawa kerjaan Vietnam sudahpun mengenakan cukai terhdap iklan yang dibuat dan diposkan di laman popular Facebook dan enjin carian Google.
“Saya berharap perkara ini dapat dibawa kepda pihak Kementerian Kewangan, bertindaklah untuk mengenakan cukai terhadap dua platform terkenal itu, kerana sehingga hari ini mereka tidak pernah membayar cukai kepada negara, sebaliknya rakyat yang membayar cukai tersebut,” ujar beliau, Chun Wai.
Dilihat dalam kajian sebelum ini, mendapati bahawa Google dan Facebook telah mengawal 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di dalam Malaysia. Sangat besar keuntungan diperolehi dan tanpa membuat pembayaran cukai seperti syarikat media tempatan.
Namun, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi turut menjelaskan bahawa pihak media dan kerajaan perlu berkerjasama dalam usaha menyelesaikan masalan dan cabaran yang dihadapi oleh operator media cetak dan elektronik berikutan kewujudan media digital yang sangat berkuasa pada hari ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai promosi menarik ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : malaysiandigest.com