Bersesuaian dengan keadaan di Malaysia, teknologi baharu yang diperkenalkan oleh perodua MYVI membantu para pemandu mengelak daripada terjebak dengan kemalangan berpunca dari samseng jalanan.

Syarikat Produa Malaysia memperkenalkan kehebatan teknologi yang dipasang pada kereta produa MYVI. Teknologi canggih itu adalah untuk membantu kenderaan anda daripada kemalangan walaupun kedudukan yang sangat dekat dengan kenderaan lain.

Loading...

Teknologi dikenali sebagai Advance Safety Assist (ASA) atau dalam bahasa mudah faham, Bantuan Keselamatan Termaju. Teknologi ini adalah merupakan yang pertama kali dipasang pada kenderaan keluaran perodua, iaitu ada pada perodua MYVI.

myvi

Kemajuan teknologi ini dilengkapi dengan empat komponen yang sungguh hebat termasuklah amaran sebelum perlanggaran berlaku (PWC), brek sebelum perlanggaran (PCB), amaran ketibaan depan (FDA) dan kawalan pedal yang gagal berfungsi dengan baik.

Teknologi Advance Sasfety Assist (ASA) bermula dengan harga  RM44,300, teknologi yang dipasang dilihat setaraf dengan teknologi yang ada pada kereta Honda Accord baru (RM 148,568).

BACA JUGA :   Bagaimana Untuk Menuntut Bayaran Insuran Sekiranya Kereta Anda Dilanggar Ambulans ?

myvi

PWC berfungsi sebagai pemberi amaran sebelum berlaku perlanggaran iaitu dalam tempoh masa dua saat yang membolehkan kenderaan menekan brek secara automatik jika sebarang tindak balas yang dikesan apabila pemandu masih berada dalam kelajuan sehingga 30kmj.

Dua fasa brek iaitu yang pertama kaedah lembut 1.3 saat sebelum perlanggaran dan kedua adalah brek secara mengejut 0.8 saat sebelum impak.

FDA pula berfungsi  memberi amaran sekiranya kenderaan di bahagian depan berhenti sama ada berlaku kesesakan lalu lintas di depan atau ketika beratur memasuki simpang. Kehebatan teknologi ini pasti akan menyedarkan para pemandu yang sering terleka dengan gadjet ketika memandu, maka pemandu akan dikejutkan dengan ‘buzzer’ FDA apabila jarak antara 10 meter dengan kenderaan di depan.

BACA JUGA :   Bagaimana Untuk Menuntut Bayaran Insuran Sekiranya Kereta Anda Dilanggar Ambulans ?
myvi
Gambar hiasan

Selain itu, ia juga sebenarnya membantu anda mengelak daripada sikap sesetengah pemandu yang tidak sabar dan suka membunyikan hon atau berdepan dengan geng samseng jalanan yang mempunyai sikap lebih dahsyat ketika di jalan raya.

Seterusnya, PMC akan mengesan halangan yang ada di hadapan dalam lingkungan jarak empat meter dan tidak membenarkan kereta anda bergerak secara laju. Ciri ini sangat sesuai pada pemandu yang tidak sengaja tertekan pedal minyak berbanding brek ketika memulakan pemanduan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai promosi menarik ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here