Ditipu RM11 Juta

Pengalaman ditipu hingga kerugian berbelas juta ringgit oleh kontraktor yang menguruskan projek pengubahsuaian studio miliknya tidak membantutkan perancangan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) untuk meneruskan pembinaan premis tersebut.

DSV

Loading...

Memetik laporan Harian Metro, pengasas produk jenama Vida Beauty ini berkata, sepatutnya studio yang berkeluasan dua ekar itu dijadualkan siap setahun lalu, namun ia tertangguh sehingga kini.

“Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan.

“Padahal studio itu sepatutnya siap pada September lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ,” katanya.

Bakal Terbit Rancangan Agama

Ekoran musibah yang menimpanya, beliau terpaksa mencari pengganti untuk menyelesaikan masalah studio yang dihadapi.

DSV

“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya.

Mahu Terbang Rendah

Dalam masa yang sama, DSV mengakui beliau mahu mengambil pendekatan untuk ‘senyap seketika’ dari radar industri hiburan kerana mahu bermuhasabah.

Kata DSV, beliau mahu memberi fokus kepada perniagaannya yang diceburi melalui media sosial.

“Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai,” katanya.

DSV

DSV sebelum ini memanfaatkan peluang mempopularkan produk jenamanya seperti Qu Puteh dan Pamoga dengan menaja program berunsur hiburan tempatan. Beliau juga pernah mencipta fenomena selepas tampil dengan muzik video berjudul I Am Me yang berjaya mencuit hati masyarakat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here