Peraturan baru servis badminton yang mencetuskan penuh kontroversi sejak kebelakangan ini, kini semakin mendapat tentangan daripada pemain-pemain badminton ternama dunia.

servis badminton

Loading...

Menurut undang-undang servis terbaru daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), bulu tangkis mestilah dipegang kurang 1.15 meter daripada permukaan gelanggang sebelum dipukul. Peraturan tersebut sememangnya mendatangkan ketidakadilan kepada pemain-pemain yang bertubuh tinggi.

Undang-undang tersebut bakal diuji di kejohahan Terbuka All England yang berlangsung pada 14 hingga 18 Mac nanti.

Bagi jaguh badminton nombor 2 dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata BWF sepatutnya mencuba peraturan baru tersebut di kejohanan yang kecil terlebih dahulu.

Badminton lcw

“Sekiranya saya ada membuat kesilapan servis ketika di All England, saya akan bertanya kepada umpire tentang cara yang betul untuk melakukannya”, ujar beliau.

BACA JUGA :   Malaysia Masih Ada Harapan Untuk Badminton Negara

Datuk Lee Chong Wei mempunyai ketinggian 1.72 meter, lebih rendah berbanding 10 pemain terbaik dunia yang lain.

Pada Januari lepas, pemain di ranking pertama dunia iaitu Viktor Axelsen, 1.94 meter, mengecam peraturan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘mengarut’.

Badminton
Viktor Axelson dari Denmark

Dalam sebuah video yang dipaparkan di YouTube pada April 2017, Axelson dilihat mengejek peraturan baru itu apabila mempamerkan aksi dirinya sedang mencangkung dan melutut untuk melakukan servis di dalam sesi latihan.

Walaubagaimanapun, Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer menegaskan bahawa badan itu sedang mencari jalan terbaru bagi menambahbaik peraturan servis yang digunapakai.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Lee Chong Wei Tekad Mahu Bawa Malaysia Juarai Piala Thomas Sebelum Gantung Raket

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here