Telur Anda Segar ?

Rakyat Malaysia sememangnya banyak menggunakan telur dalam masakan harian. Tidak kiralah digunakan untuk membuat kek, digoreng, direbus atau apa-apa tujuan sekalipun, telur seringkali menjadi pelengkap kepada juadah yang disediakan. Segalanya pasti enak jika telur yang digunakan adalah segar.

telur segar

Namun, sejauh manakah anda yakin telur yang anda gunakan itu adalah segar dan bukannya telur yang sudah rosak ?

Jika anda membeli telur di dalam pek, anda mungkin tidak perlu risau kerana di situ sudah ditulis tarikh luputnya. Masalah timbul apabila anda membeli telur secara pukal, ini selalunya dilakukan di kedai-kedai runcit.

Jadi, di sini kami dedahkan 2 tips untuk anda mengenalpasti sama ada telur anda segar ataupun tidak :

Cara 1 – Rendam di Dalam Air

Untuk pengetahuan anda, bahagian kulit telur bukanlah sepenuhnya pepejal. Ia juga masih boleh ditembusi udara.

telur segar

Apabila telur sudah terlalu lama, bahagian dalam kulit telur akan mengeluarkan udara dan wap air. Ini akan menjadikan ruang udara di dalam telur menjadi semakin besar, bermaksud berat telur akan menjadi lebih ringan. Jadi, rendam telur di dalam air dan perhatikan apa yang berlaku –

# Jika telur tenggelam sampai ke bawah, telur itu segar

# Jika telur berdiri tegak sedikit, ianya masih elok untuk dimakan tetapi lebih sesuai dijadikan telur dadar ataupun digunakan untuk membuat kek atau biskut.

# Jika telur terapung ke atas dalam keadaan menegak, telur itu kemungkinan sudah rosak.

Anda sangat-sangat dinasihatkan untuk mengelakkan makan telur yang sudah rosak kerana ianya akan menjejaskan kesihatan anda.

Cara 2 – Pecahkan Telur

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan cara yang pertama, anda juga boleh menggunakan cara yang kedua iaitu memecahkan telur dan letakkannya di atas sebuah pinggan.

telur segar

Perhatikan keadaan kuning dan putih telur tersebut.

# Telur segar selalunya mempunyai kuning telur yang gebu dan terbentuk jelas di permukaan putih telur. Telur yang rosak akan kelihatan rata sahaja.

# Bagi telur yang segar, putih telurnya akan mempunyai bentuk yang rapi dan tidak meleleh. Sekiranya ia meleleh keluar daripada pinggan, ianya tidak segar.

Dan yang terakhir, hidu bau telur. Jika berbau busuk, bermakna tidak segar dan patut dibuang sahaja.

telur segar

Untuk terus dapatkan tips-tips bermanfaat dalam kehidupan, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here