Professor Stephen Hawking kini disahkan meninggal dunia pada usia 76 tahun, menurut jurucakap keluarganya.

Stephen Hawking

Profesor Stephen Hawking adalah sebahagian ahli fizik teori paling disegani selepas Albert Einstein. Beliau banyak melakukan kajian terhadap lubang hitam dan struktur alam semesta selain menghasilkan buku berkaitan bidang ilmu astronomi.

Hawking disahkan menghidap ALS tidak lama selepas beliau menyambut ulang tahun yang ke-21. Ketika itu, doktor memaklumkan beliau hanya dapat hidup untuk tempoh 30 bulan, namun Hawking tidak patah semangat dan tetap tabah meneruskan hidup.

Stephen Hawking
Stephen Hawking menghidap ALS pada usia 21 tahun.

Beliau mula menggunakan kerusi roda pada 1969 selepas kawalan fizikalnya semakin lemah.

Penyakit neuron motor itu menyebabkan beliau lumpuh seluruh badan dan terpaksa berkomunikasi menggunakan alat sintesis suara yang berfungsi mengikut gerakan jarinya.

Nampaknya, kita telah kehilangan seorang tokoh fizik yang cukup hebat. Kecerdasan Hawking dalam teori alam semestanya pasti akan dikenang buat selamanya.

Stephen Hawking

Untuk tidak terlepas sebarang berita mengenai perkara ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here