Hampir 60,000 orang telah menandatangani petisyen menuntut keadilan terhadap Datin Rozita, setelah didapati bersalah mendera orang gajinya namun hanya didenda bon berkelakuan baik lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Datin Rozita
Masyarakat menganggap hukuman ke atas beliau adalah terlalu ringan dan tidak setimpal

Keputusan mahkamah itu bukan setakat mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan ia terlalu ringan, malah pengamal undang-undang sendiri membantahnya kerana implikasi hukuman itu, memberi gambaran salah terhadap perundangan negara.

Datin Rozita Mohamad Ali, 44, telah didakwa bersalah 2 tahun lalu atas tuduhan cubaan membunuh tetapi pertuduhan itu kemudiannya dipinda kepada menyebabkan kecederaan parah oleh senjata atau cara yang berbahaya.

Justeru, Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan pejabatnya akan memfailkan semakan permohonan ke atas hukuman itu.

Datin Rozita
Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali

Beliau didakwa telah mendera pembantunya dari Indonesia berusia 19 tahun, Suyanti Sutrinso, dengan pisau, mop besi, hanger pakaian dan payung.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Agong Tidak Mahu Tommy Thomas Jadi Peguam Negara

Foto-foto yang dikongsi di media sosial juga jelas menunjukkan wajah Suyanti Sutrinso yang  lebam dan bengkak sehingga dia tidak dapat membuka matanya.

datin rozita01
Muka Suyanti Sutrinso yang lebam dan bengkak akibat didera.

Selain kecederaan di wajah, pembantunya juga dikatakan mengalami kecederaan di tangan, kaki dan organ dalamannya.

Bertitik tolak daripada kes itu, pengguna media sosial cepat bertindak balas dan memulakan petisyen atas talian terhadap Datin Rozita sejak 17 Mac lalu.

Sejak itu, jumlah petisyen yang ditandatangani telah menaik dengan mendadak.  Seramai 59,900 orang telah menambah nama mereka pada jam 11.30 pagi pada 20 Mac.

petisyen darin rozita

“Kami mahu keadilan yang sama ditegakkan bagi orang kaya dan miskin,” kata seorang pengguna di halaman petisyen itu.

BACA JUGA :   Imegresen Sahkan Lokasi Sebenar Datin Rozita Yang ‘Hilang’ Ketika Perbicaraan

Menyifatkan tindakan Datin Rozita sebagai “hina” dan “tidak berperikemanusiaan,” petisyen itu mahu  beliau dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh atau berniat untuk menyebabkan kemudaratan serius.

“Walaupun dia seorang Datin, kaya dan mempunyai kenalan dengan individu-individu berpengaruh tidak bermakna dia boleh memperlakukan manusia sesuka hatinya,” ujar para netizen.

Datin Rozita
Laman Petisyen tersebut di Change.org

“Mesej apa yang kita hantar kepada rakyat dan anak-anak kita? Malaysia perlu melihat dengan serius isu hak asasi manusia, “ kata petisyen itu.

Untuk sertai petisyen ini, anda boleh klik di sini ini –> change.org

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here