Tentang Kami

LATAR BELAKANG DEENAMIK

DEENAMIK adalah sebuah laman media digital yang memaparkan informasi-informasi terkini tentang isu yang sedang hangat dari dalam dan luar negara. Ini selari dengan fokus kami untuk mendidik dan memberi panduan kepada pembaca terutamanya berkaitan ilmu bisnes, travel, tips-tips kehidupan dan bermacam-macam lagi.

Ilham untuk mengambil nama DEENAMIK adalah berpaksikan perkataan asal ‘Dinamik / Dynamic’ yang membawa maksud ‘kemajuan bertenaga ditunjangi idea-idea baru’.

Meskipun DEENAMIK dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2017, kami sebenarnya sudah lama bertapak dalam arus media digital melalui kerjasama awal dengan Daulah.com.

Bermula dengan penulisan artikel tentang buku-buku ilmiah sewaktu di Daulah.com, DEENAMIK mula menapak ke satu demi satu anak tangga dalam melebarkan lagi sayap dan pengaruh dalam membekalkan artikel-artikel yang menjadi tumpuan para pembaca.

Sejak daripada itu, DEENAMIK tidak lagi menoleh ke belakang dan terus bergerak pantas sebagai sebuah platform yang dipercayai dan dikunjungi ramai. Ini terbukti dengan jumlah trafik dan pembaca yang naik mendadak dari hari ke hari.

Berbekalkan keazaman dan kecekalan ditambah dengan cetusan idea bernas dari Team DEENAMIK, kami komited dalam menerajui industri media digital di negara ini di samping menjadi pencetus kepada masyarakat intelek dan komuniti berilmiah.

Dengan prinsip ‘Gerbang Informasi Global’, kami berharap artikel-artikel di laman ini dapat memberi inspirasi dan manfaat yang banyak kepada anda semua dan juga kepada masyarakat awam.

______________________________________________

VISI & MISI

VISI :

Menjadi peneraju utama dalam industri media digital dan pencetus kecemerlangan masyarakat berilmiah yang unggul.

MISI :

Mewujudkan laman dan jaringan komuniti yang sentiasa cakna serta berdaya saing untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

NILAI :

K : Kepemimpinan

E : Etika

B : Berani

A : Adaptasi

L : Laju

______________________________________________

CARTA ORGANISASI

Pengerusi               : Tuan Syed Fuad Bin Syed Othman
Team Leader          :  Ahmad Ikram Bin Mohammad Fadzillah
Ketua Editor           :  Ahmad Ikram Bin Mohammad Fadzillah
BARISAN PENULIS    : 

*BELLA

*NABILA

*AQISH

*KAMILIA

 

Pemasaran             :  Fadhila Ahmad
Jualan                     : Nor Salwa Binti Shah Roll Nizam
Projek Khas            : Ahmad Azwadie Bin Azman
IT                             : Jazmeen Lily
Pereka Grafik         :Muhammad Fadzrul Bin Mohd Adil
Sumber Manusia    : Nursahira Binti Enji
Akaun                      : Shahira Nabila

 

______________________________________________

SERVIS KAMI

Di samping menerbitkan artikel-artikel bermanfaat untuk para pembaca, DEENAMIK juga bergiat aktif dalam membantu para usahawan mempromosikan bisnes mereka kepada saluran yang tepat.

Kami menawarkan servis penulisan artikel review berkonsepkan copywriting untuk menjadi pencetus kepada sesebuah bisnes menjadi tular dan dikenali ramai.

Penulisan copywriting kami sememangnya dilakukan dengan penuh teliti dan berdasarkan kajian menyeluruh dari sasaran pasaran. Ini bagi memastikan para pelanggan kami mendapat hasil yang terbaik dan prospek yang diimpikan.

Di samping itu, kami juga menawarkan ruang iklan untuk disewa bagi pihak-pihak yang berminat untuk menjadikan produk/bisnes mereka semakin dikenali. Kekuatan trafik dan jumlah pengunjung yang masuk setiap hari menjadikan laman DEENAMIK sering menjadi pilihan golongan-golongan usahawan dan badan-badan korporat.