Sumber foto : Allevents

Para pendaki yang merancang untuk mendaki Bukit Broga dalam masa terdekat nampaknya terpaksa menangguhkan hajat tersebut kerana laluan pendakian popular itu akan ditutup selama 3 bulan untuk kerja pembaikpulihan.

Menurut laporan daripada Malay Mail, laluan pendakian Bukit Broga menjadi rosak gara-gara pencerobohan hutan dan pembersihan tanah untuk menanam pokok getah yang tidak dibenarkan. Ini menyebabkan Bukit Broga terpaksa ditutup buat sementara bermula 18 Ogos.

“Pihak berkuasa negeri Selangor menerima banyak aduan daripada para pengunjung dan pendaki bahawa tanah bukit itu mula rosak pada hujung bulan lepas. Sebuah drone juga digunakan bagi mengambil gambar-gambar tanah yang rosak tesebut” ujar Elizabeth Wong yang merupakan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri Selangor.

Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong. Sumber foto : Selangorkini

Dalam satu lawatan tapak oleh ahli dewan negeri dua minggu yang lalu, didapati bahawa bahagian-bahagian bukit telah ditereskan untuk menanam pokok getah.

Dilaporkan kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Orang Asli (JAKOA) telah mendapat kebenaran daripada RISDA untuk menanam pokok-pokok tersebut. Hasil daripada pokok getah ini akan memberi banyak faedah daripada segi ekonomi kepada masyarakat Orang Asli di kawasan berdekatan.

Walaubagaimanapun, JAKOA telah diarahkan untuk menghentikan kerja-kerja penanaman tersebut kerana dilaporkan tidak mendapat kelulusan dari kerajaan negeri.


Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


 

“Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada hari Rabu telah memutuskan bahawa orang ramai tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan tersebut untuk sebarang aktiviti rekreasi semasa Bukit Broga sedang dibaikpulih,” Wong menjelaskan.

Utusan Online juga melaporkan bahawa penutupan itu bertujuan untuk mengelakkan para pendaki daripada mengalami sebarang kecederaan. Hakisan tanah di bukit menjadikan laluan pendakian tidak selamat untuk didaki sehingga ke puncak.

Sumber foto : Yahoo News Singapore

Kerja pemulihan yang akan dijalankan adalah kerjasama antara Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang yang akan melitupi kawasan lereng bukit bagi menghalang hakisan, membina longkang di teres untuk memastikan aliran air yang lancar serta menamam rumput untuk menghentikan hakisan tanah.

Setelah dibaikpulih, para pengunjung akan dapat menggunakan laluan yang lebih baik. Para pendaki juga boleh menarik nafas lega kerana Bukit Broga akan menjadi trek yang lebih selamat kerana Majlis Tindakan Ekonomi Selangor telah mewartakan bukit seluas 143 hektar itu dan lorong sekitarnya sebagai tapak rekreasi.


Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Sumber :

Malay Mail

Malaysian Digest

Utusan Online

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here