Meluangkan masa sekurang-kurang 30 minit sehari untuk membaca buku mungkin dapat memanjangkan usia anda. Menurut satu kajian mengenai tabiat membaca dan kesannya terhadap kesihatan yang dijalankan kepada 3,635 responden, mereka yang kerap membaca buku mempunyai kurang 20% kemungkinan untuk meninggal dalam jangka masa 12 tahun yang akan datang.
Layari Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 !
Kajian yang diterbitkan dalam jurnalĀ Social Science & MedicineĀ ini dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Yale University, sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Mereka ingin mengkaji bagaimana pembacaan buku dan risalah (akhbar dan majalah) memberi kesan kepada jangka hayat manusia.
Kajian ini telah dijalankan dengan teliti dengan mengambil kira beberapa faktor seperti jantina, taraf pendidikan dan juga kebolehan kognitif.
Umum mengetahui bahawa aktiviti yang tidak melibatkan banyak pergerakan seperti menonton televisyen telah terbukti memendekkan jangka hayat, namun aktiviti membaca mempunyai kesan yang sebaliknya. Bermotifkan itulah, kajian ni diajalankan.
“Secara puratanya, pembaca buku mempunyai jangka hayat yang lebih lama sebanyak 23 bulan ( kira-kira 2 tahun) berbanding orang yang tidak membaca”
Para pengkaji dari Yale University ini meletakkan satu hipotesis; di mana buku cenderung untuk memaparkan tema dan penceritaan melibatkan karakter yang sangat mendalam, tidak seperti akhbar dan majalah.
Oleh itu, buku ternyata lebih banyak melibatkan interaksi minda para pembacanya jika dibandingkan dengan akhbar dan majalah. Secara spesifiknya, ini memberi manfaat kepada kemahiran kognitif otak dan sekaligus memanjangkan jangka hayat.
Andaian itu sememangnya benar. Apabila perbandingan dibuat antara golongan yang tidak membaca dengan yang membaca purata 3 jam 30 minit seminggu, didapati orang yang membaca ini mempunyai 17% kurang kemungkinan untuk meninggal sepanjang kajian ini dijalankan.
Bagi yang membaca lebih daripada tahap itu, kemungkinan itu berkurang lebih lagi dan melonjak sehingga 23%.
“Umum mengetahui bahawa aktiviti yang tidak melibatkan banyak pergerakan seperti menonton televisyen telah terbukti memendekkan jangka hayat”
Responden-responden kajian tersebut kesemuanya berumur lebih dari 50 tahun dari mula kajian itu dijalankan. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah taraf ekonomi, pendidikan, perkahwinan dan juga profesion.
Bagi memastikan kesan pembacaan ini memberikan keputusan yang tepat, semua faktor tersebut telah dikawal oleh para pengkaji. Secara puratanya, pembaca buku mempunyai jangka hayat yang lebih lama sebanyak 23 bulan ( kira-kira 2 tahun) berbanding orang yang tidak membaca.
Layari Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 !
Ini meliputi semua golongan pembaca tidak kira lah sama ada lelaki, wanita, kaya ataupun miskin. Apa-apapun, hasil kajian ini mungkin memberi impak yang besar dalam dunia pembacaan.
“Buku ternyata lebih banyak melibatkan interaksi minda para pembacanya jika dibandingkan dengan akhbar dan majalah”
Tuntasnya, satu fakta yang harus diingat adalah orang dewasa yang berumur lebih daripada 65 tahun secara puratanya menghabiskan masa 4 jam 30 minit menonton televisyen sehari.
Sekiranya aktiviti masa lapang mereka itu ditukarkan kepada membaca buku, ini akan dapat memanjangkan lagi usia mereka, menurut cadangan daripada para pengkaji.
Bagi sesiapa yang gemar membaca akhbar dan majalah pula, biasakan juga diri membaca buku walaupun sekali-sekala kerana itu akan memberikan impak yang besar.
____________________________________________________________
Sumber : The Guardian
The New York Times