Sumber : Engadget

Microsoft kini mengambil satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan fungsi terbaru pengesanan mata (eye-tracking) kepada OS Windows 10 yang akan dilancarkan nanti.


Kunjungi Dalah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Ini bertujuan memudahkan pengguna untuk mengakses komputer mereka khususnya bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana mereka menghadapi kesukaran untuk menggunakan tangan.

Melalui fungsi terbaru yang diberi nama Eye Control ini, anda boleh melakukan pelbagai tasks di komputer anda. Sebagai contoh, anda hanya perlu memandang pada sesebuah aplikasi untuk membukanya dan menggerakkan mata pada paparan papan kekunci untuk menaip sebarang dokumen dan bermacam-macam lagi fungsi lain.

Sumber ; ZDnet

Untuk fungsi ini, Microsoft menjalinkan kerjasama dengan Tobii dan akan menggunakan perisian Tobii’s Eye Tracker 4C. Perisian ini mampu mengesan kedudukan pandangan mata pengguna pada skrin. Produk-produk terdahulu seperti Tobii Dynavox PCEye Mini, PCEye Plus, EyeMobile Plus dan I-series juga akan dilengkapi dengan fungsi ini.

Walaubagaimanapun, Eye Control di dalam Windows 10 ini masih dalam peringkat beta dan pengguna perlu mendaftar kepada program Microsoft’s Windows Insider untuk mendapatkan akses kepada fungsi ini.


Kunjungi Dalah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia!


Idea Eye Control ini diinspirasikan oleh Steve Gleason di satu acara Hackaton anjuran Microsoft yang berlangsung pada tahun 2014. Steve Gleason ini merupakan seorang bekas pemain NFL yang menghidap amyotrophic lateral sclerosis (ALS).

Jika anda masih ingat, penyakit ALS yang tergolong dalam kategori degenerative neurological disorder ini pernah menjadi tumpuan dunia pada tahun 2014 dan juga menjadi sebab kepada viralnya Ice Bucket Challenge.

Umumnya, pesakit yang menghidap ALS akan mengalami kerosakan pada sistem motor tubuh mereka dan mata merupakan satu-satunya organ yang boleh digerakkan.

____________________________________________________

Sumber : Engadget

The Verge

Facebook Comments