Deliya Arana, seorang kanak-kanak perempuan dari pekan kecil Georgia, Amerika Syarikat ini ternyata mempunyai minat membaca yang sangat tinggi. Baginya, membaca bukanlah suatu masalah meskipun di usia yang sangat muda.
Deliya sering menghabiskan masa lapangnya dengan berkunjung ke perpustakaan berdekatan kawasan tempat tinggalnya. Tidak hairanlah, budak cilik ini sudah menganggap perpustakaan itu seperti rumah keduanya.
Dapatkan Koleksi Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Minat membaca dalam dirinya mula diasah ketika usianya baru mencecah 2 tahun. Pada masa itu, ibunya telah mendaftarkan namanya untuk satu program “Membaca 1000 Buku” anjuran sebuah pusat asuhan kanak-kanak berdekatan dengan rumahnya.
Menurut Deliya, ketika dia mula-mula membaca, dia merasakan gaya pembacaannya seperti seorang robot. Lama kelamaan, barulah dia dapat membaca seperti normal. Dia berjaya melepasi sasaran menghabiskan 1000 buku sebelum memasuki alam pra-sekolah.
Sebagai tanda pengiktirafan, Deliya telah dijemput untuk menghadiri Kongres Pustakawan di Washington DC dimana dia telah telah diberi pengalaman menjadi seorang pustakawan kehormat selama sehari. Itu merupakan satu penghargaan yang sudah lama diidamkannya.
Deliya turut menerima beberapa buku sebagai hadiah kejayaannya itu.
Ibunya mendedahkan bahawa Deliya akan membaca sekurang-kurangnya lima hingga tujuh buku sehari ketika berada di rumah. Tambah ibunya lagi, anaknya itu mula menunjukkan minat dalam membaca buku ketika dia baru berusia satu tahun.
Bapanya turut mendedahkan bahawa ketika Deliya dilahirkan, mereka akan membacakan sebuah buku kepadanya setiap 15 minit. Ini mungkin menjadi pencetus kepada minat Deliya dalam pembacaan.
Apa-apapun, mereka berharap bahawa kisah Deliya ini akan menginspirasikan lebih ramai lagi kanak-kanak di luar sana untuk mula membaca di usia yang muda.
Dapatkan Koleksi Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Deliya banyak membaca buku-buku yang kompleks jika dibandingkan dengan tahap umurnya. Antara buku yang sering dibacanya adalah sejarah ucapan ‘I Have A Dream’ oleh Martin Luther King Jr dan pelbagai lagi buku berkenaan sejarah perjuangan tokoh-tokoh di Amerika. Jika diteliti, banyak buku yang dibaca Deliya adalah buku yang dikhaskan untuk pelajar di tahap universiti.
Meskipun kerap menghabiskan masanya dengan membaca, itu tidak menghalang Deliya daripada menjalani kehidupan normal sebagai seorang kanak-kanak berumur 4 tahun. Seperti kanak-kanak yang lain, dia juga gemar bermain di taman permainan, melukis dan macam-macam lagi.
Ketika ditanya, Deliya memberitahu bahawa dia bercita-cita untuk menjadi seorang pakar yang mengkaji sejarah dinosaur.
Dapatkan Koleksi Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Deliya optimis bahawa kejayaannya menghabiskan 1000 buku tidak akan terhenti di situ dan dia berharap untuk terus mencapai kejayaan seterusnya pada masa yang akan datang.
Diharapkan para ibu bapa di luar sana dapat menyemai budaya membaca dalam diri anak-anak sejak kecil kerana bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya !
________________________________________________
Sumber : CBS This Morning