Sumber foto : Khaleej Times

Sekumpulan jemaah Haji Malaysia telahpun sampai di Dubai sebelum bergerak ke Mekah, Arab Saudi. Mereka telah mengembara lebih daripada sebulan menggunakan pengangkutan darat yang merentasi sembilan buah negara daripada Malaysia ke UAE, sebelum tiba di Arab Saudi pada Isnin. Perjalanan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyemarakkan sifat rendah hati dan kesepaduan dalam kalangan umat Islam.

Peserta Kembara Inspirasi Haji tiba di Dubai. Kredit foto : BERNAMA

“Seperti yang diketahui, menunaikan Haji adalah rukun Islam yang harus ditunaikan bagi umatnya yang berkemampuan. Hari ini, pergi ke Mekah menggunakan kapal terbang sudah menjadi kebiasaan, namun kami ingin merasai erti sebenar pengorbanan dalam menunaikan rukun Islam yag kelima itu”, menurut Khir Bin Ariffin, ketua kumpulan itu.

Kumpulan Kembara Inspirasi Haji tiba di China. Sumber foto : BERNAMA

Sebelum ini, terdapat sebuah pasangan suami isteri yang mengembara ke Mekah dengan menaiki basikal. Pasangan itu memulakan kembara mereka pada April 2016 dan tiba di Mekah pada bulan  Jun tahun ini.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Ini telah memberi ilham kepada kumpulan yang diberi nama Kembara Inspirasi Haji ini untuk turut melakukan perkara yang sama.

BACA JUGA :   Papan induk terbaik kelas X570

Kumpulan itu yang terdiri daripada tujuh orang lelaki dan dua wanita bertolak daripada Kuala Lumpur pada 17 Julai dengan menaiki dua kereta pacuan empat roda 4×4 istimewa. Mereka telah merentasi Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan juga Iran.

Sumber foto : Gulf News

Meskipun begitu, perjalanan yang melalui beberapa negara Asia itu tidak lah semudah yang disangka dan kadang kala mendatangkan bahaya. Beberapa masalah dialami ketika mereka ingin melintasi sempadan yang memerlukan kebenaran dalam bentuk dokumen lengkap. Kawalan keselamatan juga sangat ketat di beberapa buah negara di mana mereka tidak dibenarkan masuk melainkan mereka menghantar pulang kamera dan drone mereka ke negara asal.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Peserta Kembara Inspirasi Haji diraikan oleh para pelancong di China. Sumber foto : Media Permata Online

Dianggarkan mereka telah mengembara sejauh 15,000 kilometer bagi Kembara Inspirasi Haji ini. Setiap hari mereka memandu selama 8-10 jam. Yang menarikya, mereka akan bertukar-tukar pemandu pada setiap 200 km perjalanan. Semua daripada mereka termasuk ahli wanita juga menggalas tangunggjawab sebagai pemandu untuk kembara tersebut.

“Kembara ini memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dan kami berpuas hati. Kami ingin mengangkat mesej perpaduan kepada seluruh Muslim di luar sana meskipun kita berbeza dari segi bangsa dan warna kullit”, ujar Khir lagi.

BACA JUGA :   BONGKAR... TMJ Dedahkan Ada Beberapa Pemain Harimau Malaya Tunjuk ‘Besar Kepala’

Bukan sahaja mengembara, kumpulan ini turut melakukan kerja-kerja amal sepanjang perjalanan. Ketika di Thailand, mereka mengedarkan makanan percuma kepada pelarian-pelarian Rohingya di sana.

Tuntasnya, Aidiladha sememangnya menuntut umat Islam untuk mendalami erti sebenar sebuah pengorbanan dalam mendekatkan diri dengan Tuhan.

Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri. Inilah yang kita dipelajari daripada sirah Rasulullah yang memberi inspirasi dan kekuatan sebagai seorang Muslim.

Ibadah di Aidiladha bukanlah sekadar ritual yang berkala tetapi ia juga mengangkat jiwa manusia supaya sedar akan pengorbanan yang harus dilakukan dalam mengabdikan diri kepada Allah.

Adakah umat-Nya sanggup berkorban ke jalan-Nya sehingga mampu mengetepikan kepentingan diri dan tuntutan peribadi ? Persoalan tersebut kami tinggalkan untuk dijawab di dalam hatimasing-masing.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Sumber :

Khaleej Times

Facebook Comments