Sumber foto : mStar

UPSR Masih Dikekalkan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilihat masih relevan dalam sistem pendidikan negara dan akan diteruskan selagi sesuai untuk menilai pencapaian murid.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bahawa UPSR akan diteruskan sehingga perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, ahli akademik, golongan profesional  dan banyak pihak lain mencapai kata sepakat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Sumber foto : NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Jika dilihat dari satu sudut, mengubah struktur peperiksaan UPSR ini sememangnya bukan satu perkara yang mudah kerana ianya melibatkan masa depan kanak-kanak yang akan memimpin negara ini pada masa hadapan. Justeru, semua pihak yang berkepentingan harus duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Daulah.com

Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Terendah Di Malaysia!

Melalui format UPSR menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula dilaksanakan sejak tahun lalu, murid bukan sahaja dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata-mata. Sebaliknya, murid akan turut dinilai berdasarkan kriteria lain seperti Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan serta Kokurikulum (PAJSK).

Pemarkahan juga dinilai secara holistik dan selari dalam sistem penentuan pelajar untuk memasuki sekolah menengah khususnya sekolah berasrama penuh (SBP) berdasarkan pencapaian mereka.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR 2017 mulai hari ini hingga 18 September dengan 433,536 daripadanya calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 murid adalah calon sekolah swasta.

 

Format Baharu Sejak 2016

  • Dua kertas bahasa

Pengenalan kertas Bahasa Inggeris (BI) Pemahaman dan BI Penulisan menjadikan enam kertas wajib harus diambil calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula pada tahun 2016. Ini bermakna calon UPSR yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang A dalam semua subjek akan memperoleh keputusan 6A berbanding 5A sebelum ini, manakala bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK) pula akan memperoleh 8A berbanding 7A.

  • Tambah soalan objektif

Pengenalan soalan subjektif sepenuhnya dikatakan tidak sesuai bagi peringkat sekolah rendah kerana dibimbangi menyebabkan murid khususnya di luar bandar gagal bersaing dengan murid di sekolah bandar yang ada lebih banyak kemudahan terutama sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta syarikat korporat.

Oleh sebab itu, format baharu UPSR mengurangkan soalan objektif aneka pilihan, menambah soalan objektif pelbagai bentuk dan soalan berbentuk respons terhad dalam kertas Pemahaman bagi semua subjek bahasa (BM, BI, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil).

Sumber foto : Astro Awani

Bagi kertas Penulisan semua subjek bahasa, jenis instrumen dan item dikekalkan, iaitu ujian subjektif membabitkan respons terbuka, iaitu soalan menilai kefahaman pelajar memberi jawapan secara rasional dengan maklumat bersesuaian.

Kertas Sains dan Matematik masih membabitkan dua kertas yang markahnya digabungkan, iaitu Kertas 1 dengan 40 soalan berbentuk objektif aneka pilihan yang membawa 40 markah dan Kertas 2 membabitkan soalan berbentuk objektif pelbagai bentuk serta respons terhad (Sains 8 soalan dan Matematik 15 soalan).

 

Kepentingan Format Baharu Dalam Mencorak Hala Tuju Pendidikan Di Malaysia

Pengenalan format baru UPSR sejak tahun 2016 ini membuktikan betapa Kementerian Pendidikan begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan penguasaan murid dalam subjek bahasa terutamanya.

Sumber foto : The Malaysian Times

Format tersebut bukan saja memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bersedia apabila syarat wajib lulus BI dalam SPM diperkenalkan, bahkan memberi laluan kepada guru untuk menyediakan program lebih komprehensif bagi membantu setiap pelajar menguasai bahasa Inggeris.

Pengenalan format ini adalah untuk insan yang lebih seimbang, kreatif, kritis dan inovatif. Apa yang penting, ibu bapa tidak terlalu memberi tumpuan kepada keputusan semua A semata-mata, kerana UPSR ialah untuk menilai pencapaian murid.

Sumber foto : The Star Online

Pokok pangkalnya, format baharu UPSR ini diharap dapat melahirkan murid yang memahami pengajaran dan bukannya sekadar menghafal untuk score dalam exam.

Apa pendapat anda ? Adakah anda rasa perlunya rombakan dalam sistem peperiksaan UPSR ? Atau kekalkan sistem sedia ada dan lihat dahulu keberkesanannya ? Salurkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Terendah Di Malaysia!

Sumber :

Fadzlena Jafar, Berita Harian
Mohd Nazllie Zainul, Berita Harian
BERNAMA 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here