Subhanallah, seorang kanak-kanak wanita daripada England telah berjaya menghafaz seluruh Al-Quran pada usia 7 tahun.

Kanak-kanak yang bernama Maariya itu telah mula menghafaz Al-Quran ketika berusia 5 tahun lagi. Pada ketika itu, dia hanya bermula dengan menghafaz Surah Yasin kerana melibatkan diri dalam satu kempen amal untuk mengutip derma bagi rakyat Syria.

Sejak daripada itu, ibunya mendapat tahu bahawa Maariya merupakan seorang yang sangat cepat belajar dan mempunyai keinginan untuk menjadi hafizah. Malangnya, tiada pusat yang menawarkan kelas lengkap penghafalan Al-Quran pada ketika itu. Jadi, ibunya mengambil keputusan untuk membimbing anaknya menjadi hafizah dengan sendiri.

Ibunya memberitahu bahawa proses membimbing Maariya bukanlah mudah dan memerlukan banyak kesabaran. Namun ibunya bersyukur kerana Allah seringkali memudahkan urusan mereka dalam menghadapi pelbagai kesusahan.

Maariya bersama ibunya

Untuk menjadi seorang hafizah, Maariya mempunyai jadual hariannya yang tersendiri. Dia akan menelaah Al-Quran sebanyak 5 jam sehari yang terbahagi kepada tiga sesi iaitu pada sesi pagi sebelum ke sekolah, selepas pulang daripada sekolah dan juga selepas makan malam.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Untuk memberi motivasi kepada Maariya, ibunya akan memberikan ganjaran. Maariya boleh memilih apa saja hadiah yang diingini setelah dia berjaya menghabiskan beberapa juzuk Al-Quran yang telah ditetapkan. Seperti kanak-kanak lain, Maariya juga tidak terkecuali dengan seringkali memilih patung mainan dan buku mewarna  sebagai hadiah. Kadang kala dia juga meminta untuk hidangan makan malam istimewa di restoran.

Segala usaha keras Maariya dan ibunya membuahkan hasil dalam masa dua tahun. Ketika dia berusia 7 tahun, Maariya berjaya menghafaz seluruh Al-Quran. Satu majlis bagi meraikan kejayaanya menjadi hafizah turut dianjurkan. Jika di Malaysia, pulut kuning lah jamuannya tapi di England sana tak pasti lah apa pula lauknya.

Tidak lain tidak bukan, yang paling berbangga dengan kejayaa Maariya sudah tentulah ibunya. Ibu mana yang tidak berbesar hati apabila melihat anaknya berjaya menghafaz Quran ketika masih di usia kecil. Apa-apapun, ibunya berharap agar Maariya akan meningkat dewasa dengan memdalami setiap maksud ayat Al-Quran yang dihafaznya.

Konklusinya, ibu bapa di sini diharap dapat mengambl pengajaran daripada kejayaan kanak-kanak cilik ini. Tidak salah sekiranya memanjakan anak-anak dengan tablet ataupun gajet canggih, tetapi didiklah lah juga anak-anak untuk mencintai Al-Quran di usia kecil. Bak kata orang, “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!

Sumber :

ILMFeed 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here