Penganjuran Festival The Better Beer di Kuala Lumpur secara rasminya telah dibatalkan baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menegaskan bahawa pihaknya telah menolak permohonan pihak penganjur untuk menganjurkan The Better Beer Festival itu.

Sumber foto : Time Out Kuala Lumpur

Festival itu dijangka berlangsung pada 6 dan 7 Oktober bertempat di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.

Keputusan DBKL ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua pihak setelah ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr. Riduan Mohd Nor membidas penganjuran festival arak itu pada minggu lepas dengan menggelarkannya sebagai satu ‘pesta maksiat’. Selain itu, beliau juga berkata festival itu akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat maksiat terbesar di Asia.

Sumber foto : Thirst Kuala Lumpur

Banyak pihak membahaskan isu ini kerana penganjurannya dianggap bercanggah dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Walaupun festival itu mensasarkan pengunjung yang bukan daripada golongan Muslim, namun pasti akan ada segelintir pengunjung beragama Islam yang akan turut berkunjung ke festival itu kerana ajakan rakan, ingin berhibur dan sebagainya.

BACA JUGA :   Pakatan Harapan Dijangka Kekal Memerintah Selangor Atas Beberapa Sebab...
Beer
Sumber foto : REUTERS

Dengan ini, pihak penganjur telah diharamkan untuk menganjurkan sebarang aktiviti pada di tempat itu pada masa dan tarikh tersebut. Sekiranya mereka tidak mematuhi arahan, tindakan undang-undang akan diambil.

Jika anda masih terpinga-pinga tentang apa itu Better Beer Festival, di sini ada beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang festival yang baru diharamkan ini.

 

Fakta Mengenai Better Beer Festival

Better Beer adalah satu festival arak ataupun bir terbesar di Malaysia yang mempersembahkan 250 jenis bir berbeza daripada 43 pembuat arak terkenal di seluruh dunia.

Beer
Sumber foto : Thirst Kuala Lumpur

Festival ini dianjurkan oleh MyBeer, iaitu salah satu rangkaian pengedar bir terbesar di Malaysia.

BACA JUGA :   Mengapa Anak Muda Kelantan Mahukan Perubahan Dalam PAS ?

Pertama kali dianjurkan pada tahun 2012, festival pada tahun 2017 ini akan menjadi kali keenam Better Beer dianjurkan.

Beer

Selain daripada itu, festival ini turut menampilkan kumpulan muzik tempatan yang akan menghiburkan para pengunjung dengan muzik pop, jazz serta R&B.

Antara aktiviti lain yang terdapat di festival ini adalah sesi bertemu pembuat bir, belajar teknik membuat bir serta membuat bir daripada pelbagai perisa.


Jom layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Timeout
Star2
World of Buzz
Eventbrite

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here