Sama ada anda seorang graduan yang baru sahaja tamat pengajian ataupun seorang pekerja yang sudah lama dalam industri pekerjaan, pasti anda tidak akan terlepas daripada merungut tentang pendapatan gaji yang tidak seberapa di negara ini. Mana tidaknya, gaji yang diterima sangatlah tidak memadai ditambah pula dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tidak dapat dinafikan, gaji yang lumayan berserta tambahan faedah merupakan faktor utama yang mendorong sesetengah pekerja untuk ‘beralih angin’ ataupun menukar kerjaya mereka. Sehubungan dengan itu, Jobstreet Malaysia telah mengeluarkan laporan gaji pada tahun 2017 – dengan menyenaraikan industri manakah yang menawarkan gaji tertinggi di Malaysia.
KLIK & BACA : “Nak Sambung Master Ke Nak Cari Pengalaman Kerja Dulu ?”
1.Peringkat Permulaan

Kejuruteraan, Pembinaan/Bangunan : RM 5,533
Hotel / Restoran, Konsultan ( Bisnes dan Pengurusan ) : RM 5,100
Komputer / Perisian IT : RM 4,600
2.Junior Executive

Komputer / IT, Perbankan / Khidmat Kewangan : RM 6,500
Penjagaan Kesihatan, Peruncitan : RM 5,950
Komputer / IT, Kimia / Baja / Racun Serangga : RM 5,182
3.Senior Executive

Sains, Minyak / Gas / Petroleum : RM 28,250
Penjagaan Kesihatan, Kecantikan / Kesihatan : RM 15,167
Kejuruteraan, Konsultan ( IT, Sains, Kejuruteraan dan Teknikal ) : RM 11,333
4.Manager

Bangunan/ Pembinaan, Minyak / Gas / Petroleum : RM 15,611
Akauntan dan Kewangan, Berlian / Barang Kemas : RM 14,500
Kejuruteraan, Produk Pengguna / FMCG : 14,500
5.Senior Manager

Admin / HR, Pembinaan / Bangunan / Kejuruteraan : RM 35,000
Perkhidmatan, Penjagaan Kesihatan / Perubatan : RM 27,000
Kejuruteraan, Semiconductor / Fabrikasi Wafer : RM 27,500
Tambah laporan itu lagi, gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi bagi mereka yang bekerja di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurut sebuah laman perbandingan kewangan iaitu iMoney.com, analisis menunjukkan bahawa purata gaji minimum yang diperolehi rakyat Malaysia adalah RM 800, manakala RM 5000 bagi golongan pertengahan dan maksimum RM 83,333.

Jadi, kepada anda yang berminat untuk menuakr kerjaya anda itu, anda boleh rujuk laporan yang dikeluarkan Jobstreet Malaysia di sini

Sumber :
hays.com
Salary Explorer
iMoney.my
Jobstreet Malaysia
[…] BACA : 10 Industri Kerja Yang Menawarkan Gaji Paling Lumayan Di Malaysia […]