Sebuah restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di China telah memperkenalkan teknologi pengesanan muka yang membolehkan para pelanggan mendapatkan ayam goreng dengan hanya mempamerkan sebuah senyuman.

Dikenali dengan nama ‘Senyum Untuk Bayar’  ataupun ‘Smile to Pay’, teknologi tersebut pertama kali digunakan di restoran KFC di Hangzhou. Sistem pembayaran menggunakan senyuman ini dibangunkan dengan kerjasama Alipay, sebuah platform atas talian yang dimiliki oleh Alibaba.

Teknologi Smile to Pay. Sumber foto : Getty Images

Melalui Smile to Pay, proses pembayaran boleh dilakukan dengan cepat dan hanya mengambil masa beberapa saat. Kiosk yang digunakan mempunyai kamera 3-D dan dilengkapi sistem keselamatan yang menghalangnya daripada digodam atau disalahgunakan.


Dapatkan Buku-buku Best Seller Di Malaysia Dengan Harga Termurah Di Daulah Online Bookstore!


Caranya sangat mudah dan ringkas. Selepas membuat order di kiosk, para pelanggan haruslah mempamerkan senyuman dan memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan. Sekiranya imej muka adalah sama seperti di dalam sistem, bil makanan akan didebitkan daripada akaun bank.

Seorang pelanggan sedang mencuba Smile to Pay. Sumber foto : REUTERS

Ini adalah bukan kali pertama KFC memperkenalkan teknologi seperti ini di China. Sebelum ini, KFC pernah menggunakannya di beberapa restoran terpilih yang mampu memberikan cadangan menu kepada pelanggan berdasarkan umur, jantina dan mood yang dipamerkan.

Sudah kira-kira 2 tahun teknologi ini dibangunkan. Dengan peruntukan dana lebih daripada $100 juta, nampaknya KFC begitu serius dalam membawa masuk teknologi ini dalam industri fast food mereka. Tiada tempat lain yang lebih sesuai untuk menjadi medan ujian teknologi ini melainkan tempat di mana orang ramai meluangkan masa menikmati makanan.

Sumber foto : Getty Images

Secara umumnya, sistem ini nampak menarik dan mengagumkan. Para pelanggan tidak lagi perlu bersusah payah membelek-belek dompet ataupun beg tangan untuk mencari wang, kad kredit dan syiling untuk membayar di kaunter. Ditambah pula dengan perut yang lapar, semestinya semua orang ingin bawa makanan ke meja dan menjamah makan secepat mungkin.

Jom tonton klip bagaimana pelanggan membuat pesanan dengan Smile to Pay ini.

Apa-apapun, tujuan asas teknologi adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan manusia. Jika ternyata cara menggunakan senyuman ini adalah lebih mudah daripada beratur di kaunter dan mengeluarkan wang satu persatu, mengapa tidak ianya dipraktikkan dengan lebih luas.

Senyum dan dapatkan ayam goreng anda !


Dapatkan Buku-buku Best Seller Di Malaysia Dengan Harga Termurah Di Daulah Online Bookstore!


Sumber :

CNBC 

Tech Crunch

REUTERS 

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here