Sebut sahaja tentang mainan, pasti ramai di antara kita yang terbayang kembali zaman semasa kita kanak-kanak dahulu. Mainan menjadi satu kegilaan pada waktu itu. Betul tak ? Barang-barang mainan dari Toys “R” Us merupakan idaman kebanyakan kanak-kanak.

Toys "R" Us

Nampaknya, realiti tidak seindah yang diimpikan oleh syarikat pengeluar mainan terbesar di Amerika iaitu Toys “R” Us. Syarikat ini telah memfailkan bankrap baru-baru ini.

BACA : Mengapa 7-Eleven Gagal Di Indonesia Tetapi Berkembang Maju Di Malaysia ?

Ramai penganalisis menjelaskan bahawa punca kebankrapan adalah persaingan sengit dalam dunia perniagaan online. Dominasi Amazon dan banyak lagi syarikat dalam sektor e-commerce telah menjadikan persaingan semakin mencabar dan syarikat yang gagal bersaing akan semakin jatuh. Namun, ini bukanlah faktor utama dalam kejatuhan Toys “R” Us dan hanyalah sebab kecil.

Berikut merupakan 4 faktor utama Toys “R” Us memfailkan bankrap ;

Menanggung Bebanan Hutang

Syarikat ini sangat bergelut dengan hutang yang diwarisi daripada pembelian modal pada tahun 2005. Mereka menanggung perbelanjaan hutang sebanyak $ 444 juta sepanjang tahun dan hutang terkumpul meningkat kepada $ 2.2  bilion pada tahun berikutnya. Jumlah hutang terkumpul adalah melebihi $ 5 bilion. Pendek kata, mereka mengalami krisis kewangan yang sangat teruk meskipun telah beberapa kali menstruktur semula sistem kewangan mereka.

BACA JUGA :   Amazon & Tesla Disenarai Sebagai Tempat Kerja Paling Berbahaya Di US

 

Pesaing Menawarkan Harga Yang Lebih Rendah

Antara pesaing utama Toys “R” Us adalah Walmart dan Amazon. Apabila tiba musim cuti sekolah, kedua-dua syarikat ini akan menawarkan diskaun yang sangat banyak sehingga 54 % kepada produk-produk mainan bagi menarik ibu bapa membelinya untuk anak-anak mereka. Malangnya, Toys “R” Us tidak dapat menawarkan harga sebegitu kerana mereka akan terus rugi jika berbuat demikian. Ini membuatkan para pembeli lebih berminat membeli di Walmart dan Amazon lalu menghiraukan Toys “R” Us.

Gergasi E-commerce di Amerika, Amazon

Satu lagi, laman web syarikat mereka juga gagal menarik ramai pembeli, tidak seperti Amazon dan Walmart. Walaupun mereka sudah banyak melabur di bahagian digital, namun hasilnya masih tidak memuaskan. Mereka semakin ketinggalan dalam pasaran mainan atas talian. Perkara ini mendorong orang ramai untuk tidak melawat laman web mereka.

 

Selera Kanak-kanak Sudah Semakin Bertukar

Minat kanak-kanak era baru ini terhadap mainan semakin berkurangan. Ini dibuktikan dengan penurunan jualan blok LEGO buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun. Antara sebabnya adalah kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain aplikasi permainan online di tablet serta gajet.

BACA JUGA :   Setelah Kuasai Lazada & Tokopedia, Alibaba Kini Jalin Pakatan Strategik Dengan CapitaLand

Toys "R" Us

Tidak Mendapat Kepercayaan Vendor Dan Pembekal Barangan

Spekulasi bahawa syarikat ini akan jatuh bankrap membuatkan banyak vendor ragu-ragu untuk membekalkan barangan mereka kepada Toys “R” Us. Menurut statistik, hampir 40 % vendor hilang keyakinan terhadap syarikat ini. Para vendor akan mendesak untuk diberikan wang muka terlebih dahulu apabila melibatkan urusniaga dengan syarikat ini.

Sumber foto : EazyStock

Walaubagaimanapun, rangkaian kedai mainan gergasi ini masih akan beroperasi seperti biasa. Syarikat itu akan akan terus membuka 1,600 outlet di seluruh dunia dengan jumlah kakitangan dianggarkan seramai 65,000 orang.

JPMorgan Chase dan sekumpulan peminjam lain telah bersetuju untuk meminjamkan wang sebanyak $ 3 bilion kepada Toys “R” Us bagi membantu syarikat itu membayar kos pembekal dan pekerja. Syarikat itu berikrar untuk menutup kedai-kedai yang tidak menguntungkan dan menggunakan strategi baru dalam perniagaan mereka untuk menjadi lebih kompetitif dalam persaingan.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Business Insider
nytimes
CBS News

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here