Anda pasti tertunggu-tunggu smartphone keluaran Android yang menggunakan wajah anda untuk mengakses secara mudah dan pantas. Kini, syarikat mereka mengumumkan untuk mengeluarkan sebuah model terbaru iaitu OPPO F5.
Secara rasminya, peranti ini boleh mengakses hanya dengan pengesahan wajah akan dilancarkan pertama kali di Filipina tetapi kami mendapatkan pengesahan bahawa syarikat mereka akan membawa F5 ke negara Asia yang lain iaitu India, Indonesia, Myanmar dan sudah tentu, Malaysia.
Telefon bimbit ini juga digembar-gemburkan mempunyai f/1.6 20MP dan akan mengambil duta yang baru untuk memperkenalkan smartphone ini.
Selain itu, khabar angin juga mengatakan bahawa terdapat beberapa jenis OPPO F5 yang terdiri daripada OPPO F5, F5 Youth dan OPPO F5 versi 6GB RAM.
Spec yang disahkan secara rasmi masih menjadi tanda tanya oleh beberapa pihak, tetapi kami mempunyai senarai yang diperoleh sebelum ini yang mengesahkan penakses smartphone ini yang hanya menggunakan wajah terdiri daripada:
- Pemproses Qualcomm Snapdragon 660
- 6GB RAM
- Storan 64GB (boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui microSD)
- 6 inci 18: 9 paparan IPS LTPS (1920 x 1080)
- Kamera utama 20MP | kamera hadapan dua hala 12MP
- Pengakses wajah, Pengimbas Cap Jari, dulang SIM Dual, Micro USB 2.0
- Menyokong 4G LTE, WiFi 802.11 a / b / g / n, Bluetooth 4.2
- ColorOS 3.1 berdasarkan Android 7.0 Nougat
- Bateri 4000mAh
Khabar angin mengatakan bahawa anda boleh mendapatkan OPPO F5 pada 2 November 2017 di kedai OPPO berhampiran anda, akan tetapi berapakah harga yang dijangkakan oleh anda untuk membeli smartphone OPPO F5? Variasi mana yang hendak dimiliki oleh anda?
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
TechNave