Samsung mengeluarkan telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi, seiring dengan harganya.

samsung

Anda boleh memuat turun permainan atau melakukan pelbagai kerja, Galaxy Note 8 sangat pantas dan lancar kerana pemproses mudah alih 10nm berprestasi tinggi dan 6GB RAM membuatkan telefon bimbit anda berjalan dengan lancar. Tambahan pula, dengan pengecasan tanpa wayar, anda boleh melakukan kerja dengan mudah.

Anda juga boleh mendapatkan foto yang jelas walaupun dalam gelap atau sewaktu telefon bimbit anda berada dalam keadaan yang tidak stabil. Dwi-kamera Galaxy Note 8 mempunyai kamera sudut lebar yang dilengkapi dengan keupayaan cahaya rendah.

samsung
Sumber foto: wccftech.com

Dwi-kamera menyokong 2 kali ganda zum optik supaya anda mendapat foto atau video yang jelas walaupun dari jauh. Anda boleh mendapatkan gambar yang jelas walaupun anda mengzumkan gambar atau video.

Hanya sebulan selepas pelancarannya di Malaysia, Samsung Galaxy Note 8 sekali lagi telah mencecah rekod penurunan harga. Daripada RM 3,999 anda kini boleh memperoleh dan membeli dengan harga serendah RM 3,449.

Di samping itu, menawarkan peranti Note baru selepas isu yang berlaku pada tahun lepas berkaitan dengan Note 7. RM 3,999 adalah harga yang dikira mahal dan sesetengah pihak mahu mendapatkan dengan harga yang lebih rendah kerana Samsung Galaxy Note 8 adalah peranti yang hebat.

Terdapat beberapa tawaran menarik daripada laman web e-dagang. Antaranya daripada laman web Lazada yang menawarkan harga Note 8 dengan hanya RM 3,449 (Terkini: Harga telah naik sebanyak RM 3,478 – sama seperti harga yang dinyatakan oleh semua laman web Lazada).

samsung
 Sumber foto: TechNave.com

Selain itu, terdapat juga beberapa senarai harga yang menawarkan harga dibawah RM3,500. Anda boleh mendapatkan senarai di laman web Lazada (untuk warna “Midnight Black”,”Maple Gold” dan “Orchid Gray”. Anda juga boleh mendapatkan Note 8 di laman web Shopee, di mana warna “Midnight Black” yang popular terdapat di sana.

Untuk harga yang kurang daripada RM3,500, Galaxy Note 8 semestinya dilihat diantara peranti yang hebat, walaupun terdapat persaingan dengan iPhone 8 Plus dan telefon bimbit yang akan datang iaitu Huawei Mate 10.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Facebook Comments

Loading...