TMJ Buka Mulut Lagi

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ, mendakwa terdapat cubaan menyingkirnya sebagai ketua badan induk itu.

Dalam masa yang sama, TMJ turut mendedahkan bahawa terdapat juga usaha untuk menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Loading...

“Ramai dalam FAM yang berangan nak jadi presiden, saya cakap terus terang. Awak (wartawan) boleh.. you can quote me on that”.

“Ramai yang dalam FAM nak jadi presiden. Ramai juga di dalam FAM kadang-kadang suruh media tulis macam-macam,” kata TMJ kepada wartawan.

BACA : Liga Malaysia Akan Tetap Berlangsung Di Bulan Ramadan Bermula Musim 2018

 

Beliau tahu cubaan untuk menyingkirkannya itu dibuat dengan harapan beliau akan fed-up dan mengangkat kaki meninggalkan FAM. Walaubagaimanapun,TMJ menegaskan bahawa beliau tidak akan mudah menyerah dan akan kekal membimbing FAM.

BACA JUGA :   Salah Satu Pemain FAM Dikatakan Positif Ujian Doping!

TMJ

TMJ juga sedar tentang permainan-permainan politik yang dilakukan oleh ‘orang dalam’ FAM untuk medapatkan kepentingan diri sendiri dan kroni-kroni.

“Jadi yang dalam FAM pun ada politik-politik juga. Yang nak bawa sponsor untuk jadi penaja liga pun ada politik. Kononnya nak buat konsortium sendiri, nak buat syarikat sendiri. Bermakna tak payah lagi FMLLP, nak bagi lobi pada orang masing-masing,” katanya.

“Saya cakap dalam FAM sendiri, saya presiden FAM, saya tahu benda ini tengah berlaku. Tapi selagi saya berada di FAM, jangan haraplah. Benda ini patut masuk dalam akhbar, biar dia tahu.

TMJ

“Saya tahu dalam FAM, beberapa Exco tak berapa setuju dengan pendapat saya kerana mereka nak orang-orang mereka sendiri. Tapi maaflah, ini bukan parti politik, ini persatuan bola sepak,” katanya.

BACA JUGA :   Ini Mungkin Sebab Mengapa Nelo Vingada Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Harimau Malaya

Sudah terang lagu bersuluh, kita sendiri boleh nampak sebab mengapa sukan bola sepak di negara ini semakin ketinggalan sejak beberapa tahun yang lalu. Mana tidaknya, pemimpin-pemimpin di dalam FAM sendiri menggunakan badan tersebut sebagai medan politik dan tempat untuk mengaut untung.

Justeru, diharapkan TMJ dapat memberikan pembaharuan kepada FAM sekaligus menaikkan prestasi bola sepak di Malaysia sebaris dengan gergasi-gergasi lain di rantau Asia seperti Jepun, Korea dan Thailand misalnya.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Sinar Online

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here