Siapakah ‘Datuk Seri’ Yang Memukul Anggota RELA ?

Misteri identiti ‘Datuk Seri’ yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pada Jumaat lalu kini hampir terbongkar sepenuhnya selepas suspek berusia 29 tahun itu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira jam 4 petang, semalam.

Datuk Seri’ itu didakwa memukul dan menendang Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, yang mengakibatkan kecederaan di kepala, mata serta perut selepas mereka mengarahkan suspek mengalihkan Toyota Vellfire miliknya yang mengganggu lalu lintas, kira-kira jam 6.30 pagi, Jumaat lalu.

RELA
Sumber foto : Free Malaysia Today

Penahanan suspek dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan amaran keras menggesa individu terbabit supaya segera menyerah diri kepada pihak polis.

Walaupun tiada mana-mana media secara rasmi melaporkan mengenai wajah sebenar suspek, namun lelaki itu begitu mudah dikenali oleh pengamal media kerana rambutnya yang berwarna perang.

RELA

Malah, tindakan suspek memakai baju tertera logo syarikat telah memudahkan lagi identiti beliau dibongkar, sekaligus mengesahkan kebenaran mengenai dakwaan wajah suspek yang ditularkan netizen di laman sosial, sejak semalam.

Sumber foto : Malaysian Digest

Hasil carian di laman sesawang http://wdynasty.uk, suspek dipercayai dikenali sebagai Datuk Seri Dr Nicky Liow dan merupakan pengerusi Winner Dynasty Group – sebuah syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom (UK).

Sumber foto : Malaysian Digest

Maklumat mengenai syarikat menyatakan perniagaan mereka meliputi pelbagai perkhidmatan termasuklah penjagaan kesihatan, barangan kemas, hartanah dan pembangunan serta pelancongan.

Sebuah majalah Cina Shanzhe pernah melaporkan mengenai beliau dengan menonjolkan Nicky Liow sebagai seorang individu yang mempunyai bakat luar biasa apabila berjaya mengecapi kejayaan pada usia muda, 24 tahun.

Sumber foto : Malaysian Digest

Nicky Liow dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Emerging Entrepreneur dalam Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2016 atas sumbangan dalam bidang pembangunan E-Dagang dan sektor teknologi.

Anugerah ‘SME Brand Personality’ turut diberikan kepada beliau pada 2015, yang turut menjelaskan bahawa Nicky Liow mula bergelar jutawan pada usia 24 tahun. Beliau memulakan perkhidmatan E-Dagang menerusi portal www.518yunbao, memberi peluang kepada mana-mana individu untuk menjadi usahawan.

Sementara perkongsian lain di sebuah laman Facebook menunjukkan Nicky Liow dipercayai menerima gelaran dari Pahang.

Pengesahan mengenai identiti suspek secara rasmi dilaporkan oleh The Star sebentar tadi apabila SAC Fadzil mengesahkan bahawa individu yang menyerah diri di balai polis pada Isnin adalah Nicky Liow.

RELA
Sumber foto : Malaysian Digest

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Rela mendakwa empat “orang tengah” cuba menawarkan kira-kira RM40,000 untuk menyelesaikan kes pukul melibatkan suspek bergelar Datuk Seri itu.

Ketua Rela Daerah Ampang, Ho Hoong Keong bagaimanapun menegaskan mereka tidak tunduk kepada mana-mana kuasa jahat dan tidak akan menerima wang ditawarkan pihak berkenaan.

Justeru, tindakan pihak RELA menolak tawaran tersebut perlu dipuji dalam memastikan kejadian sebegini tidak berulang, malah ia selari dengan gesaan netizen supaya individu tersebut menerima hukuman yang setimpal atas tindakan samseng memukul tiga anggota Rela ketika sedang menjalankan tugas.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here