Memiliki kenderaan anda sendiri merupakan pelaburan yang amat besar dan anda pasti ingin menggunakannya pada jangka masa yang lama.

Anda sering menjaga kenderaan anda dengan sebaiknya tetapi terdapat beberapa perkara yang lakukan secara tidak sedar akan merosakkannya.

Berikut adalah senarai tabiat yang anda lakukan yang boleh merosakkan kenderaan anda:

kenderaan
Sumber foto: Travel + Leisure
  1. Membiarkan tangki minyak berada dalam kadar yang rendah

 Sistem bahan api kenderaan akan mengalami kerosakkan yang serius jika anda sering membiarkan tangki minyak berada dalam kadar yang rendah.

Jika anda kerap memandu dalam keadaan tangki minyak berada dalam keadaan suku penuh atau kurang, anda berisiko untuk mengisi tangki minyak dengan lebih kerap.

Apa yang anda perlu lakukan: Pastikan tangki minyak sentiasa penuh daripada mengisinya sedikit demi sedikit pada setiap hari.

kenderaan

  1. Beralih daripada mengundur ke memandu secara tiba-tiba

Kebiasaannya, anda akan melakukan perkara ini apabila sedang terburu-buru, hendak mengundur kenderaan dan tidak mengundur dengan sepenuhnya, anda telah menukar gear dan berlalu pergi.

BACA JUGA :   Cantikkan Kuali Lama Seperti Baru Beli

 “Drivetrain” kenderaan anda akan mengalami kerosakkan yang teruk termasuk juga gandar, enjin dan sistem gear kereta jika tabiat ini diteruskan.

Apa yang anda perlu lakukan: Pastikan berhenti dengan sepenuhnya dan tunggu selama beberapa saat sebelum menukar gear.

kenderaan
Sumber foto: Protein Munchies
  1. Menekan enjin kereta apabila tidak dipanaskan sepenuhnya

Menekan enjin apabila tidak panas sepenuhnya, tidak akan mempercepatkan kelajuan kereta. Hakikatnya, apabila suhu telah sejuk ia akan menyebabkan perubahan suhu secara tiba-tiba dan perkara ini akan menyebabkan geseran antara komponen enjin.

Apa yang anda perlu lakukan: Tunggu selama 60 saat sebelum anda memandu.

kenderaan

  1. Menekan brek apabila hendak turun bukit

Kebiasaannya, ramai pemandu akan menekan brek apabila hendak turun bukit untuk mengelakkan kenderaan daripada menyusur laju ke bawah. Perkara ini akan menyebabkan terbinanya haba di alas brek dan rotor. Tayar akan menjadi haus dan lusuh akibat terlalu panas dan akan meleding.

 Apa yang anda perlu lakukan: Beralih ke gear yang lebih rendah supaya penyahmampatan semula jadi akan berlaku. Perkara ini akan memastikan kenderaan berada pada kelajuan yang selamat dan mengelakkan berlakunya kerosakkan.

BACA JUGA :   Jom kita kenali Universiti terbaik di Mesir, Universiti Zagazig
kenderaan
Sumber foto: Pixabay
  1. Memandu kereta yang terlebih muatan

Sebolehnya anda akan meletakkan segala muatan di dalam satu perjalanan, tidak kira jika muatan sudah penuh dan padat. Perkara ini akan memberikan tekanan dan anda akan menggunakan minyak dengan banyak kerana hendak menekan brek.

Apa yang anda perlu lakukan: Muatan tidak boleh melebihi had yang ditetapkan!

kenderaan
Sumber foto: Auto Repair Boulder

6. Meletakkan brek secara neutral apabila lampu trafik berada dalam keadaan merah

Meletakkan kenderaan dalam keadaan neutral, ia akan menjadi haus. Anda juga tidak boleh memperlahankan kenderaan kerana ia akan memberikan kesan yang sama iaitu merosakkan sistem gear.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

World Of Buzz

Facebook Comments