Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun maut selepas dadanya tertusuk serpihan batu pengasah mesin rumput yang sedang diasah oleh bapanya, di Kubang Rotan, di sini, semalam.

pengasah
Sumber foto: Harian Metro

Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang apabila bapa mangsa yang dikenali sebagai Murad, 40 berada di luar rumah bagi mengasah mata pisau mesin rumputnya di kediamannya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan.

Murad berkata, namun ketika dia sedang mengasah, batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting sebelum terkena anak bongsunya, Nur Aliya Syifa.

Pada mulanya anak saya berada dalam rumah dan saya tidak perasan bila arwah keluar daripada rumah. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya sendiri tidak menyangka arwah terkena serpihan batu pengasah mesin rumput itu.

Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum tertusuk ke dada kiri arwah,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, di sini.

Selepas kejadian itu, dia terus membawa anaknya ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Bagaimanapun, anaknya meninggal dunia di HSB.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu seorang periang dan belajar di Tadika Kampung Batin.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Besar, jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, Murad dan isterinya turut pengsan kerana kesedihan akibat kehilangan anak bongsu mereka yang memiliki dua abang berusia 18 dan 12 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila bapa mangsa sedang mengasah mata pisau mesin rumput sebelum tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan terpelanting sehingga terkena pada mangsa.

“Ketika kejadian jarak mangsa dengan bapanya kira-kira 5 meter dan bapanya terus membawanya ke klinik sebelum ke HSB.

“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB akibat parah selepas terkena serpihan batu pengasah itu,” katanya.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here