PDRM Buka Mulut Mengenai 9 Dragon

Malaysia digemparkan baru-baru ini apabila Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendakwa kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh 9 orang ‘ayahanda’ atau digelar 9 dra­gon sejak bertahun-tahun lamanya. Perkara itu juga diakui PDRM.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sendiri mengakui dan mendedahkan bahawa orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri adalah antara yang menjadi dalang kewujudan sindiket perjudian di negara ini.

PDRM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Loading...

Terdapat beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa mereka itu. Kini, terdapat 9 dragon utama. Kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Polis Negara, golongan itu menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan. Walaubagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti kumpulan terlibat yang dimaksudkan bagi mengganggu proses sisasatan yang dijalankan oleh PDRM.

BACA JUGA :   Malaysia Diiktiraf Sebagai 'Negara Contoh' Oleh Liga Islam Sedunia

“Saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka kerana bimbang akan mengganggu siasatan kes. Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri diburu”, ujar Mohamad Fuzi.

Gambar sekadar hiasan

“Untuk makluman kita telah mengenal pasti siapa mereka ini, kalau saya dedah lokasi dan individu tersebut sudah pasti mereka akan melarikan diri ke lokasi lain termasuk luar negara”, tambahnya lagi.

BACA : PPIM Dapati 9 ‘Dragon’ Ini Adalah Dalang Kepada Kegiatan Jenayah Di Malaysia

Dalam masa sama, Ketua Polis Negara itu meminta semua pihak memberi ruang dan kerjasama kepada PDRM untuk menyiasat perkara tersebut.

“Beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan pihak yang terlibat termasuk anggota PDRM. Tetapi saya minta jangan ada dakwaan menyatakan terdapat anggota polis ‘dibayar’ untuk melindungi kegiatan ini,” kata beliau.

BACA JUGA :   Ini Nilai Sebenar 284 Beg Tangan Mewah Yang Dirampas Di Kondo Najib Razak
Gambar sekadar hiasan

Dilaporkan, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.

Tindakan terhadap kumpulan berkenaan sukar diambil disebabkan pihak atasan organisasi terbabit mempunyai hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan dengan individu-individu penting yang membayar wang ‘perlindungan’ kepada mereka.

Semoga pihak berkuasa dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan integiriti agar kegiatan tidak bermoral itu dapat dibanteras.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Malaysia Gazette

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here