PETALING JAYA – Dua penceramah agama terkenal, Ismail Musa Menk dan Haslin Baharim dikatakan tidak dibenarkan memasuki Singapura, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Singapura

Kedua-dua pendakwah itu dijadualkan akan menyampaikan ceramah di satu pelayaran kapal yang bertemakan agama di sana dari 25 hingga 29 November ini.

Singapura

Kementerian Dalam Negeri Singapura mengeluarkan larangan itu selepas merujuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Lembaga Pelancongan Singapura dan Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Kementerian berkata kedua-dua penceramah itu mempunyai pandangan yang boleh melahirkan sikap tidak bertoleransi dan amalan sisih (exclusivist) yang boleh merosakkan keharmonian sosial dan menyebabkan hubungan antara masyarakat menjadi renggang.

“Sebagai contoh, ceramah beliau mengatakan bahawa adalah menjadi dosa besar dan jenayah bagi seorang Muslim untuk mengucapkan kepada bukan Islam Selamat Hari Krismas dan Selamat Deepavali”.

“Pandangan mereka tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama,” kata kementerian.

BACA JUGA :   Perang Dingin Amazon Dan Alibaba Di Asia Tenggara, Siapa Akan Menang ?

Ini bukan kali pertama Menk dan Haslin dilarang berceramah di sana. Permohonan pas pekerjaan mereka pernah ditolak kerajaan republik itu sebelum ini.

“Mereka tidak dibenarkan melangkaui larangan itu dengan berceramah atas kapal layar yang beroperasi dari dan ke Singapura,” kata kementerian.

Haslin, dari Perak, pula dilaporkan menggambarkan orang bukan Islam sebagai “menyimpang” dan mempromosikan ketidakharmonian antara orang bukan Islam dan bukan Islam.

Menk dan Haslin popular di Malaysia dan mempunyai ikutan yang ramai.

Muis bagaimanapun berkata pihaknya tidak akan menyokong permohonan untuk penceramah yang mempunyai pandangan yang melanggar kod etika pengajar agama republik itu, termasuk pandangan yang “sangat bermasalah dan sangat tidak sesuai” dalam masyarakat majmuk.

Muis mendapati ajaran kedua-dua penceramah itu “bertentangan dengan nilai orang Islam Singapura”.

BACA JUGA :   Pertubuhan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Malaysia (Aswaja) Puji Tindakan Sultan Johor Haramkan Penceramah Berfahaman Wahabbi Dan Menyeleweng

Kementerian pula menggesa rakyat Singapura menolak dan berwaspada dengan doktrin dan penceramah yang memecah-belahkan masyarakat, kerana ia akan “menjejaskan masyarakat kita dan cara hidup kita, dan akan melemahkan asas keamanan dan kemajuan Singapura”.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri K Shanmugam berkata rakyat republik itu berdepan penceramah seperti Menk dan seorang lagi penceramah terkenal, Zakir Naik, dari India, yang cuba mempromosikan pandangan yang menganjurkan sikap tidak terbuka dalam kalangan belia mereka.

Kementerian menyekat kemasukan mereka selepas menerima aduan tentang isu kandungan ucapan mereka.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

freemalaysiatoday

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here