Jangan risau jika anda masih tidak boleh tidur selepas hari yang panjang. Anda boleh beralih kepada mengisi masa anda dengan membaca buku dan sebagainya untuk mempercepatkan proses tersebut tetapi tidak ramai orang mempunyai masa yang mencukupi.

Terdapat pelbagai petua berkaitan dengannya dan petua ini disokong oleh sains. Jadi mengapa tidak boleh mempercayai dengan pakar dan lihat sendiri jika anda boleh lena dengan cepat dari sebelumnya. Antara cara-caranya ialah:

  1. Bersenam

tidur

Jika anda mengalami insomnia dan anda tidak mahu untuk menggunakan ubat tidur, cuba untuk bersenam.

Pada tahun 2010, para penyelidik mengkaji kesan-kesan bersenam terhadap insomnia dalam rangkuman mereka yang berumur 55 tahun atau lebih tua. Mereka mendapati kumpulan yang aktif akan bekerja selama 3 hingga 4 petang setiap minggu selama 30 minit.

Kebiasannya, mereka akan menunggang basikal atau lain-lain. Golongan ini tidur 45 minit lebih cepat berbanding mereka yang berada di golongan yang sederhana dan jarang terbangun dari tidur mereka. Mereka juga lebih bersemangat dan kurang tidur daripada golongan yang tidak bersenam.

  1. Mempunyai tempat tidur yang selesa

tidur

Tidak semestinya anda perlu membeli tilam yang mahal, perkara yang paling penting adalah mempunyai tilam yang selesa. Mempunyai tilam yang tidak selesa akan menyukarkan anda untuk tidur dengan lena sekaligus akan menganggu kitaran tidur anda.

Apa salahnya jika anda membeli tilam yang selesa untuk diri anda? Anda tidak akan rugi dan pastinya akan berterima kasih di atas petua ini.

  1. Membeli tumbuh-tumbuhan

tidur

Tumbuh-tumbuhan bukan sahaja akan mencantikkan dekorasi rumah, tetapi ia juga boleh memberikan udara yang segar kepada anda. Tidak ada perkara yang lebih teruk melainkan jika anda sukar untuk beradu kerana mempunyai udara yang tidak segar. Jadi mengapa anda tidak mahu bersetuju dengan petua ini?

  1. Bermeditasi

tidur

Meditasi adalah amalan menenangkan minda menumpukan kepada pernafasan dan diri anda. Anda perlu bertenang untuk mendapat tidur yang lena. Semestinya, anda tidak akan lena jika pemikiran anda serabut dan terlalu banyak perkara yang anda hendak fikirkan. Kuncinya ialah anda perlu sentiasa menenangkan fikiran.

  1. Mengawal suhu badan anda

tidur

Badan anda menggunakan suhu untuk menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk beradu. Berdasarkan satu temu duga dengan Time, Shelby Harris, pengarah perubatan tidur di Pusat Perubatan Montefiore New York, mengatakan mandi pada waktu petang akan menyejukkan badan anda dan ia akan menyebabkan anda mudah untuk lena.

Kajian menyatakan bahawa jika anda mandi dan merehatkan badan anda sebelum beradu, anda akan lena.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

http://www.firstforwomen.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here