Shafie Apdal Dibebaskan SPRM

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan hari ini setelah direman selama tujuh hari.

Anggota Parlimen Semporna itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan sebanyak RM80,000 deposit.

Loading...

shafie apdal

Perintah pembebasan Shafie Apdal yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dibuat oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya, Faliq Basiruddin.

Sebelum itu, Shafie Apdal tiba di mahkamah dengan berpakaian biasa kira-kira 9.30 pagi disambut laungan ‘bebaskan Shafie’ daripada penyokongnya yang berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

BACA JUGA :   Isu Skandal Rasuah Melibatkan MB Johor, Ini Respon Khaled Nordin
Kredit foto ; The Malaysian Insight

Beliau ditahan SPRM pada 19 Okt lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.

Perintah reman itu kemudian dilanjutkan empat hari pada 23 Okt dan berakhir hari ini.

BACA : Bekas Menteri ‘Kenduri’ Songlap RM1.5 Bilion Duit Rakyat Miskin ?

Menurut laporan, skandal penyelewangan wang RM1.5 bilion ini adalah antara yang terbesar di Malaysia. Peruntukan tersebut adalah untuk projek-projek infrastruktur rakyat miskin membabitkan bekalan air, elektrik dan pembinaan jalan raya di negeri Sabah.

Penyelewengan dana untuk kepentingan rakyat miskin di Sabah itu dilakukan menerusi pelbagai cara. Antaranya adalah melibatkan tuntutan palsu dan projek tertentu yang sengaja dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M

Dengan pembebasan Shafie Apdal ini, pastinya ramai yang tertanya-tanya siapakah dalang sebenar di selebalik penyelewengan dana tersebut.

Sumber foto : Free Malaysia Today

Diharapkan SPRM terus melakukan sehabis baik bagi membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan, seluruh rakyat Malaysia tidak mahu keadilan terkubur begitu sahaja.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here