Foresight@U Satu Program Berwawasan Jauh
Satu hakikat yang perlu kita akui, polemik pengangguran dalam kalangan graduan semakin meruncing. Beratus-ratus ribu graduan kini menganggur kerana tidak berjaya mendapatkan pekerjaan. Nak disalahkan graduan pun tak boleh juga, kerana sememangnya peluang pekerjaan itu sendiri tidak banyak diwujudkan.
Justeru, satu langkah yang wajar diambil adalah menerapkan kualiti kebolehpasaran dalam diri para graduan. Pendek kata, graduan perlu dilatih untuk menajamkan bakat mereka di samping diajar dengan skil-skil yang diperlukan dalam industri pekerjaan.
Di sinilah, Foresight@U berperanan menggalas tangunggjawab sebagai platform untuk membentuk anak bangsa supaya menjadi permata dalam kalangan masyarakat.
Apa itu Foresight ?
Foresight adalah satu pusat inovasi belia yang diasaskan oleh Tuan Naim Jaafar pada tahun 2011 yang bertujuan membangunkan minda dan kemahiran ekonomi baru dalam kalangan graduan. Pusat ini menyediakan satu program khas bagi menyediakan mahasiswa dengan cabaran-cabaran dalam ekonomi baru.
Mengikut laporan-laporan pendidikan, trend pekerjaan pada kini lebih berkisar kepada konsep Free Agent; di mana individu akan lebih bekerja sebagai sambilan ataupun freelancer sahaja. Polemik ini sememangnya tidak dapat dielak kerana peluang pekerjaan semakin berkurang. Malah di Amerika Syarikat, statistik menjangkakan 75% graduan akan bekerja sebagai freelancer. Ini sememangya satu jumlah yang tersangat banyak.
Satu perkara yang mengejutkan adalah, menjelang tahun 2020, 50 % golongan milenia akan terlibat dalam sektor buruh. Trend ini sudahpun berlaku di Amerika dan akan turut berlaku di benua Eropah serta Asia Pasifik termasuk Malaysia.
Yang paling penting, pembangunan bakat dan modal insan adalah aset terpeting dalam menempuhi zaman ekonomi akan datang. Ekonomi yang bersifat kapitalistik akan gagal mendapat sumber modal sekiranya gagal membangunkan bakat-bakat.
Menyedari hakikat ini, Foresight telah merangka satu modul efektif yang memberikan lensa baru kerjaya dan peluang ekonomi baru yang terbuka. Melalui modul ini, mahasiswa akan didedahkan dengan minda ekonomi baru yang tidak terikat dengan jazah dan kelulusan akademik tertentu sahaja.
Modul-Modul Di Foresight
- Menukar mindset-mindset baru
- Jalinan usaha sama bersama badan-badan korporat
- Sistem coaching dan mentoring
- Networking
Foresight sememangnya sangat menitikberatkan inovasi dalam bidang pendidikan untuk mahasiswa serta belia inovasi dan budaya startup. Modul Foresight ini sudah digunakan di pelbagai agensi dan institusi terkemuka. Malah, modul ini turut dijadikan penanda aras untuk 25 program yang digunakan di seluruh dunia. Itu adalah sebab utama mengapa tiada pelajar yang menganggur di Foresight.
Apa Yang Mahasiswa Bakal Perolehi ?
- Praktikal
- Mentoring
- Modal
- Budaya Startup
- Jaringan Bakat
- Pembangunan Sistem
Tuntasnya, Foresight@U ini merupakan medium terbaik yang perlu digunakan oleh para mahasiswa untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam diri di samping mengasah minat untuk bergerak seiring dengan keperluan industri.
Bagi memudahkan para pelajar, Foresight memberikan kemudahan untuk melayari modul-modul 24/7. Bukan itu sahaja, program pembelajaran juga boleh diakses secara atas talian menggunakan smartphone. Dengan cara ini, program tersebut tidak akan mengganggu waktu kelas formal dan akademik para pelajar. Wow, best kan ? Apa tunggu lagi, jom join Foresight@U sekarang !
Bagaimana Untuk Mendaftar ?
Layari www.foresighteducation.my dan klik foresight2U.
“The best way to predict the future is to create it”
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.