Sebagai ibu bapa, anda semestinya akan berasa amat sedih apabila anda menghantar anak-anak mereka ke tadika untuk diajar dan dididik sebaliknya didera dengan kejam sekali.

Ibu bapa mengamanahkan penjagaan dan sepenuh kepercayaan kepada guru tersebut tetapi anak mereka mendapat layanan yang amat teruk sekali.

Seorang bapa berusia 29 tahun yang mempunyai anak berusia empat tahun telah mengambil anaknya pada jam 6 petang selepas dimaklumkan oleh guru besar tadika tersebut bahawa anaknya mengalami pendarahan di telinga selepas ditampar oleh seorang guru.

OCPD Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah tadika di Sungai Jerlok, Kajang pada bulan lepas, 31 Oktober.

tadika
OCPD Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff

“Apabila ayahnya pergi ke tadika, dia mendapati anaknya menangis dengan lebam di wajahnya, dan darah yang keluar dari telinganya,” kata Ahmad Dzaffir kepada The Star Jumaat lalu (3 November).

BACA JUGA :   Pentingnya Menjaga Kesihatan Gigi dan Gusi Anak Sejak Kecil

Sementara itu, anaknya segera dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut di mana doktor mengesahkan bahawa dia juga cedera di pipi dan telinganya.

Ahmad Dzaffir mendakwa guru tersebut bertindak secara agresif dan menampar anak itu di kedua-dua belah muka sehingga telinganya luka dan pipi membengkak kerana dia enggan menulis.

“Dia trauma dan enggan datang semula ke tadika,” katanya.

Guru tersebut disahkan tidak mempunyai rekod jenayah dan diuji negatif untuk ujian pengambilan dadah. Namun dia akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Berikutan kejadian itu, Bernama melaporkan bahawa Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib menggesa pengasuh kanak-kanak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

BACA JUGA :   Menggenggam Bintang: Menjelajahi Dunia Ajaib Kanak-Kanak
tadika
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

“Pengasuh kanak-kanak mesti mempunyai tahap toleransi yang tinggi, mengendalikan kanak-kanak seperti menjaga anak mereka sendiri dan juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam segala bidang seperti dalam bidang psikologi, untuk mengelakkan kes-kes seperti itu berlaku,” katanya. Mereka juga mesti mempunyai emosi, fizikal dan rohani yang kuat.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negar
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik, diolah & diterjemah dariĀ www.malaysiandigest.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here