KUALA LUMPUR – Buat anda di luar sana, harga RON95 diramal akan mencecah RM2.50 seliter dalam masa beberapa minggu lagi.
Perkara itu tidak mustahil sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$64 setong” kata Rafizi Ramli merangkap Ahli Parlimen Pandan.
“Harga pada hari ini ialah AS$62.16 setong dan bulan ini, minyak mentah pernah mencecah AS$64 setong. Sekiranya harga minyak mentah dunia menurun tetapi nilai ringgit masih tidak kukuh, Malaysia masih akan hasilkan harga RON95 pada RM2.50 seliter.
“Prospek harga RON95 semahal RM2.50 seliter bukanlah main-main dan kemungkinan boleh berlaku pada minggu hadapan,” katanya.
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak mentah dunia sekiranya harga runcit produk RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.
Pada minggu lalu, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat sebanyak tujuh sen, menjadikannya RM2.38 seliter.
Kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenalkan.
Mengulas dengan lebih lanjut menurut Rafizi, kerajaan sepatutnya membatalkan syarat harga RON95 mesti melebihi RM2.50 seliter untuk tiga bulan berturut-turut.
Walaupun kerajaan seolah-olah sedia memberikan kembali subsidi, helahnya besar kemungkinan ia tidak akan berlaku. Ini kerana untuk mengekalkan harga minyak melebihi AS$64 setong secara berterusan selama tiga bulan, satu krisis dunia yang besar telah pun berlaku.
“Malah, walaupun harga minyak mentah kekal melebihi AS$64 setong selama tiga bulan berturut-turut, kerajaan telah mengutip RM4.2 bilion sejak 1 Januari 2017 sebelum memulangkan sedikit dalam bentuk subsidi,” katanya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari MD