Ibu Tergamak Melacurkan Anak
Seorang ibu tunggal di Johor dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh mahkamah selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing.
Dua kanak-kanak itu dilaporkan telah dijual oleh ibunya sejak bulan September yang lepas.
Ibu tunggal itu meninggalkan kedua-dua anaknya bersama 5 warga Bangladesh yang bekerja di kilang sekitar kawasan Senai. Kesemua warga asing itu berumur dalam lingkungan 28 hingga 42 tahun.

Untuk rekod, ibu kanak-kanak itu difahamkan tergamak melacurkan dua anaknya itu hanya dengan kadar bayaran serendah RM50 kepada warga asing malah sanggup menyaksikan perbuatan keji itu dibuat.
Hakim Kamarudin Kamsun mengarahkan tertuduh yang berusia 39 tahun itu menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menganiaya dari segi seks dengan melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan di baca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000; penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan.
Kedua-dua mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan akan ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak. Ketika sesi temuramah, kedua-dua mangsa menceritakan kejadian yang berlaku dengan teliti mungkin disebabkan usia mereka masih terlalu muda dan tidak faham apa yang berlaku.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Justeru, walau terdesak sekalipun, dinasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya janganlah sekali-kali menggadaikan maruah anak-anak untuk apa tujuan sekalipun. Sayangilah mereka sepenuh hati kerana anak-anak adalah kurniaan Tuhan.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
