Penggunaan Instagram telah lama menyediakan Live, tetapi pada kali ini aplikasi menarik ini telah mengemas kini dengan kelebihan yang lebih menarik buat mereka yang gemar membuat Live.
Fungsi Instagram Live membolehkan pengguna menstrim kehidupan mereka dan apa yang mereka ingin lakukan secara langsung kepada mereka yang berminat dan memberikan ruang kepada “followers” untuk melihatnya.
Sebelum ini ia hanya boleh menstrim dari satu sumber iaitu anda seorang sahaja. Kemudian, telah diaktifkan fungsi menjemput rakan untuk menyertai strim.
Kali ini, Fungsi meminta rakan untuk menyertai Live telah diaktifkan untuk anda semua.
Apabila menonton Live, pengguna dapat melihat butang Request pada bahagian bawah skrin.
Terdapat butang untuk meminta kebenaran menyertai strim. Pengguna kemudian boleh meninggalkan strim pada bila-bila masa.
Dari sudut pandangan penstriman asal pula, mereka boleh melihat jumlah permintaan untuk menyertai pada bahagian bawah skrin.
Mereka kemudian boleh menerima atau menolak permintaan dari senarai yang dipaparkan.
Fungsi ini diaktifkan kepada semua pengguna aplikasi iOS dan Android. Seperti biasa aplikasi perlu dikemaskini terlebih dahulu.
Buat anda yang berminat, cubalah sekarang!
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari Amanz.my