Kuala Lumpur – Zaman kini, sudah ramai orang gemar untuk mengambil “swafoto” tidak kira di mana sahaja anda berada, tetapi anda perlu ingat bahawa jangan pernah sesekali merisikokan nyawa anda semata-mata untuk perkara yang berapa penting.
Tindakan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik berdekatan hotel di Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam menggemparkan orang ramai apabila mereka menyangkakan individu terbabit mahu membunuh diri.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian pada 5.29 petang.
Katanya, lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai ke lokasi bagi bantuan.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki memanjat pencawang elektrik dengan beraninya tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit turun dari pencawang elektrik itu selepas mendengar nasihat anggota polis dan pihak bomba membuat persediaan di lokasi bagi memantau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 26 tahun itu memanjat pencawang elektrik adalah untuk mengambil gambar swafoto sempena sambutan hari lahirnya, semalam” katanya ketika dihubungi.
Lelaki ini boleh mengambil “swafoto” di tempat yang lain tetapi dia mahu mengambilnya di pencawang elektrik. Perkara begini boleh menyebabkan diri anda berada dalam bahaya.
Jelasnya, lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Jika anda mahu menjadi terkenal sekalipun, lakukanlah perkara yang tidak akan membahayakan diri anda.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari Malaysian Digest