Apa Makna Tak Tun Tuang ?

Nampaknya lagu Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil kini menjadi tular termasuk di negara ini. Lagu tersebut sudah menjadi nyanyian ramai dalam melakukan aktiviti seharian.

Parodi daripada lagu itu kini dinyanyikan semula oleh ramai orang termasuk penyanyi dan selebriti. Antaranya Siti Nordiana, Wan Hasrita, Bell Ngasri dan Jihan.

Tak Tun Tuang
Wani dan Wany Hasrita menyanyikan semula lagu ini

Bukan itu sahaja, pelbagai versi Tak Tun Tuang dijadikan parodi bagi mengaitkannya dengan isu semasa seperti kenaikan harga minyak, versi lelaki dan pelbagai loghat terutama Kelantan.

Tak Tun Tuang
Tak Tun Tuang versi Upin dan Ipin

Penyanyi lagu Minang asli itu ternyata meraih populariti mendadak dan dikenali bukan sahaja di Indonesia malah di kebanyakan negara-negara Asia Tenggara.

Upiak dalam status media sosialnya mengucapkan terima kasih kepada sokongan peminat dari beberapa negara di atas lagu itu. Lebih manis lagi, melodi dan lirik lagu ‘Tak Tun Tuang’ itu direka sepenuhnya oleh dirinya sendiri.

BACA JUGA :   Jom Belajar di Universiti Sumatera Utara, Indonesia!
Tak Tun Tuang
Penyanyi lagu ini, Upiak Isil

Nampaknya, itulah kuasa media sosial pada masa kini yang mampu membuatkan sesuatu menjadi viral dengan hanya sekelip mata.

Difahamkan, gara-gara populariti lagu itu, Upil kini menjadi artis dibawah naungan MVM Production Sdn. Bhd.

Lagu itu mengisahkan cerita seorang wanita yang mendakwa dirinya cantik secara semulajadi walaupun belum mandi namun cara penyampaian dan melodinya menarik minat ramai.

Tak Tun Tuang
Lagu ini juga dijadikan parodi oleh MeleTOP. Sumber foto : YouTube

Ramai pendengar lagu itu sebenarnya tidak faham apakah makna sebenar Tak Tun Tuang dan ramai menterjemahkannya kepada pelbagai maksud menurut pandangan masing-masing.

Namun, menurut sumber, perkataan Tak Tun Tuang sebenarnya tidak membawa apa-apa makna yang tepat dan spesifik. Ia hanyalah direka untuk menggambarkan bunyi serta rentak gendang dan dram semata-mata.

BACA JUGA :   Budaya Kehidupan Orang di Indonesia

Tak Tun Tuang

Lebih tepat lagi, Tak Tun Tuang adalah sebagai sebagai penyedap nyanyian dalam lagu namun siapa sangka ia berjaya mempopularkan Isil dan lantas perkataan itu menjadi sebutan ramai.

Mungkin selepas ini ada orang gemar menyebut ‘belum mandi’ kepada Tak Tun Tuang.

Hmmm, macam-macam.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here