Pas meminta semua pihak mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

PAS
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Sumber foto: Sinar Harian

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal, Jentera parti bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

“Bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah Kemanusiaan yang boleh menimpa dimana sahaja dan kepada sesiapa sahaja”.

“Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada ALLAH kita berserah dan kepada ALLAH kita mohon pertolongan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PAS
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhamad Fauzi Yusoff. Sumber foto: Harakah

Menurut Ustaz Muhamad Fauzi Yusoff, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dalam petikan Harakah pada hari ini. Beliau mengarahkan kepada semua PAS terhadap kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir untuk membuka bilik gerakan di kawasan masing – masing untuk menyelaraskan bantuan banjir.

BACA JUGA :   PAS Isytihar Cuti 10 Mei Jika Berjaya Tawan Terengganu

Selain itu, semua entiti pertubuhan tersebut termasuklah Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat dan sebagainya hendaklah diaktifkan dengan segera dengan mengumpulkan anggota untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.

Beliau telah menetapkan Ketua Penyelaras Bilik Gerakan Banjir BPPN Pulau Pinang adalah Saudara Norazman bin Ishak manakala Ketua Operasi Banjir Negeri adalah Saudara Bahrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang.

 Seterusnya, beliau juga menetapkan bahawa penyelaras Bilik Gerakan Banjir peringkat PAS Kawasan adalah Naib Yang DiPertua PAS Kawasan dan Ketua Operasi peringkat kawasan adalah Komanden Amal Kawasan.

Bantuan derma dalam bentuk barang keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya amatlah dialu-alukan untuk disalurkan segera kepada mangsa banjir.

Kami juga memerlukan bantuan yang boleh meminjamkan jentera seperti kenderaan 4×4, bot penyelamat dan sebagainya untuk gerak kerja misi bantuan banjir.

BACA JUGA :   Bubble Tea Steambot? Ya, Dapatkannya di Pulau Pinang!

Akhir sekali, beliau mengatakan mereka akan berusaha untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, APMM untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.

Pertubuhan tersebut juga bermurah hati melancarkan ‘Tabung Bencana Banjir B PPN Pulau Pinang’, beliau mengharapkan supaya masyarakat menyebarkan maklumat ini  dan salurkan derma dalam bentuk tunai di akaun Maybank BPPNPP :  5574 0150 8611. Sumbangan anda amatlah diperlukan.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber: 

Diolah & dipetik dari Harakah & Sinar Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here