Pada zaman sekarang, rata-rata daripada pengguna perkhidmatan awam di Malaysia lebih gemar menggunakan Uber berbanding teksi. Uber juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pemandu mereka.

Uber

Namun, setiap pengguna pasti ada pengalaman pahit dan manis apabila berhadapan dengan sesetengah pemandu Uber. Masing-masing ada kerenah yang tersendiri, dan ada juga yang menyentuh hati.

Bagi seorang pengguna Uber bernama Shahrin Zahari, beliau tidak hanya mendapat seorang pemandu Uber yang baik, malah seorang yang begitu bermotivasi – yang membuatkan beliau begitu kagum dengan pemandu terbabit.

Shahrin Zahari menerusi laman sosial Instagramnya hari ini berkongsi mengenai pemandu Uber bernama Euston Kok yang meletakkan pelekat berbentuk “self-reminder” pada cermin hadapan keretanya.

Pelekat yang ditulis tangan tertera perkataan motivasi berbunyi:

“I haven’t work hard enough for mum to stop working” (Saya belum bekerja cukup kuat untuk ibu (saya) berhenti kerja), membuatkan Shahrin memujinya sebagai seorang anak yang baik.

BACA JUGA :   Filipina Sekat Uber Selama Sebulan Kerana Langgar Undang-undang

Loved it! Such a good lad… gave him 5 stars! (Sangat menyukainya. Seorang anak lelaki yang baik. (Saya) beri (beliau) 5 bintang!,” demikian tulis Shahrin bersama tanda pagar Negaraku.

Uber
Sumber foto : Instagram Shahrin Zahari

Semangat bekerja bersungguh-sungguh yang cuba ditonjolkan Euston menerusi pelekat yang ditulis sendiri dan keinginan beliau membantu ibunya nyata memberikan inspirasi kepada pengikut laman sosial Shahrin.

Mereka berharap Euston dapat memperoleh pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan beliau ‘merehatkan’ ibunya daripada terus keluar bekerja dan menikmati masa rehat yang secukupnya.

Uber

Dalam pada itu, sikap yang ditunjukkan Euston secara tidak langsung memberi impak positif kepada imej Uber dan untuk memastikan beliau menjadi contoh kepada pemandu-pemandu lain.

BACA JUGA :   UBER & AirAsia Kini Jalin Kerjasama Untuk Wujudkan Sistem Pengangkutan Terbaik Bagi Para Penumpang

Walaupun pelekat yang diletakkan Euston itu nampak ringkas, namun ia jelas memberi impak yang sangat besar buat penumpang.

Uber
Sumber foto : Instagram Shahrin Zahari

Jadi kepada penumpang-penumpang Uber, jika anda merasakan perkhidmatan pemandu Uber yang ditempah memuaskan, anda boleh membuat penilaian pengalaman perjalanan dari 1 hingga 5 bintang pada ‘RATINGS’ menu aplikasi anda.

Uber
Penumpang boleh memberikan rating kepada pemandu.

Diharapkan semua pembekal perkhidmatan di luar sana boleh menjadikan sikap yang dimiliki Euston sebagai sumber inspirasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, dan sekaligus dapat mengubah persepsi buruk terhadap segelintir pemandu.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik untuk terus dapatkan info-info terkini serta isu-isu yang sedang viral dari dalam dan luar negara.]

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Daulah.com
Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here