Penubuhan perkhidmatan uber banyak memberi manfaat kepada masyarakat umum, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri dan memerlukan perkhidmatan cepat dan mudah.

Namun, pemandu uber sering berhadapan masalah pengguna yang tidak menepati masa. Inilah yang dikatakan ‘janji melayu’, membuat satu temujanji tetapi gagal menepatinya.

Hal ini kerena, apabila pelanggan membuat ‘request’ maka jangka masa pemandu sampai ke lokasi akan keluar pada skrin melalui aplikasi uber itu sendiri. Oleh itu, pelanggan sepatutnya sudah bersiap sedia untuk menunggu pemandu tersebut di tempat yang dipilih sendiri oleh pelanggan.

Bagi melancarkan perjalanan, Uber Pulau Pinang telah memperkenalkan ‘bayaran tambahan’ kepada pelanggan sekiranya gagal menepati masa sehinggakan pemandu tersebut tertunggu lama sebelum pelanggan sampai.

BACA JUGA :   Lihat Bagaimana Pemandu Uber Ini Beri Inspirasi Kepada Penumpangnya

Bayaran tambahan diperkenalkan sejak 30 Januari baru-baru ini. Diharapkan perubahan ini dapat memudahkan lagi kedua-dua belah pihak. Bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dipilih oleh pelanggan, dan ’caj tambahan’ akan dikenakan.

Uber
gambar sekadar hiasan

Bagi jenis UberX dan UberMandarin, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM0.23 bagi setiap satu minit, manakala jenis UberXL caj dikenakan sebanyak RM0.40 bagi setiap minit.

Caj ini bukanlah sesuka hati para pemandu, namun dikenakan apabila masa melebihi tiga minit setelah pemandu sampai di lokasi pelanggan. Oleh itu, jangan sesekali membazirkan masa dan wang anda disebabkan kesilapan sendiri.

Uber
gambar sekadar hiasan

Pengguna Uber turut dinasihatkan supaya membuat persediaan terlebih dahulu, baru membuat ‘request’ menerusi aplikasi Uber.

BACA JUGA :   UBER & AirAsia Kini Jalin Kerjasama Untuk Wujudkan Sistem Pengangkutan Terbaik Bagi Para Penumpang

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here