Kaedah Suspek

Seorang lelaki Jepun yang ditangkap selepas polis mendapati 9 mayat dijumpai di rumahnya, 2 daripadanya adalah mayat tanpa kepala. Dia mengaku telah membunuh kesemua mangsa dalam tempoh 2 bulan selepas berhubung dengan mereka menerusi media sosial Twitter.

Twitter

 

Kenyataan Suspek

Menurut rangkaian televisyen Fuji, Takahiro Shiraishi, 27 juga mengakui bahawa dia “menyerang” semua 8 mangsa. Dia melakukan serangan seksual terhadap mangsa-mangsa wanita tersebut.

Shiraishi dilaporkan mengaku telah menyiat daging dari badan mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah, kemudian meletakkan najis kucing ke atas mangsa untuk menutup bukti.

Kira-kira 240 tulang kepunyaan mangsa-mangsa tersebut termasuk kepala dan anggota badan, ditemui di dalam penyejuk dan kotak peralatan di pangsapurinya, menurut laporan media The Asahi Shimbun.

Kes ini telah mengejutkan penduduk Jepun, yang mempunyai kadar jenayah yang rendah apabila kes ini tersebar luar di muka hadapan akhbar di sana.

Latar Belakang Suspek

Twitter
Takahiro ditahan selepas polis mendapati 9 mayat dikerat di rumahnya. Sumber foto: The Star

Suspek ini pernah bekerja sebagai penjaga sambilan di tempat pelacuran yang berpusat di Kabukicho, Shinjuku. Dia pernah ditangkap pada bulan Februari kerana terlibat di dalam jenayah tetapi diberi tempoh masa untuk digantung.

Pada bulan Jun, Shiraishi memberitahu ayahnya “hidup ini tidak mempunyai makna” dan “saya tidak tahu tujuan saya untuk hidup”.

Kaedah Penyiasat

Penyiasat dapat menjejaki pembunuh yang disyaki dan menangkapnya menggunakan medium yang sama iaitu Twitter. Mereka menggunakan cara yang digunakan olehnya untuk memancing mangsanya.

BACA JUGA :   PENUTUPAN PASAR TSUKIJI BERAKHIRNYA ERA PASAR IKONIK JEPUN

Shiraishi dilaporkan memberitahu polis bahawa 4 mangsanya adalah remaja, 4 lagi berusia 20 tahun dan yang lain berusia 20-an. Terdapat 8 korban wanita dan seorang lelaki.

Dia menghubungi mangsa melalui Twitter dan kebanyakkan dari mereka dibunuh pada hari dia bertemu dengan mereka.

Mangsa Pertama Yang Berkait

Kes ini dikaitkan dengan Shiraishi apabila mereka menyiasat kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun, yang dilaporkan di twitter bahawa dia mahu mati.

Abangnya berjaya menggodam akaun Twitternya tetapi tidak perasan akan perkara yang mencurigakan. Dia kemudian menulis tentang kehilangan kakaknya dan menyebarkan kepada orang ramai, kata kebanyakkan pihak media.

Seorang pengikut wanita itu memberitahu dia bahawa dia mengenali mangsa tersebut. Abang wanita itu kemudian memintanya untuk menghubunginya. Dia juga melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Wanita itu megajak Shiraishi untuk pergi ke stesen kereta api, dari situ penyiasat mengikut dia ke rumahnya.

Sejurus selepas dia kembali ke pansapurinya, pihak polis mengetuk pintu dan mendapati beg putih milik kakaknya yang hilang, kata Yomiuri. Apabila penyiasat menanyakan tentang adik perempuannya, Shiraishi berkata di dalam peti sejuk sambil menunjuk ke arahnya.

Shiraishi berpindah di pangsapuri yang terletak di pinggir bandar Tokyo pada 22 Ogos lalu dan menghubungi mangsa dengan menulis bahawa dia akan membantu rancangan bunuh diri mangsa.

BACA JUGA :   Olimpik Tokyo Tetap Diteruskan, Tokyo Mula Perintah Darurat Fasa Empat

Dia memberitahu polis dia membunuh mangsa pertamanya tidak lama selepas berpindah ke sana dan menghabiskan 3 hari untuk menyiat tubuh mangsa, kata Yomiuri. Kemudian, dia membunuh teman lelakinya yang menanyakan tentang teman wanitanya yang hilang.

Penerangan Pihak Polis

Twitter

Pihak polis merasakan bahawa Shiraishi melakukan jenayah ini bersendirian. Akan tetapi motifnya masih tidak jelas dan penyelidik mempersoalkan perkara ini. Adakah perkara ini mustahil untuk membunuh seorang mangsa hampir setiap minggu tanpa jiran mendengar jeritan mangsa-mangsa.

Sejak kejadian tersebut, jiran-jiran melaporkan mereka terhidu bau busuk dari pangsapuri. Shiraishi memberitahu penyiasat bahawa dia memelihara bahagian badan kerana dia takut dia akan ditangkap jika dia membuangnya.

Buat masa ini, dia telah didakwa dengan pelupusan salah satu badan mangsa, tetapi pihak polis masih mencari bukti bahawa dia membunuh kesemua 9 mangsa.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

The Star

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here