Peminta sedekah palsu makin bercambah di kawasan Lembah Klang dan secara jujurnya, penduduk Malaysia adalah penyebab utama.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 2,326 peminta sedekah telah ditangkap oleh pihak berkuasa dari tahun 2013 hingga bulan Oktober 2017.
Kebanyakkannya separuh darinya terdiri dari warga asing. Warga asing ini kebanyakkannya datang dari China, Kambodia, Pakistan, Thailand dan Myanmmar. Selainnya adalahdari Rohingya dan UNHCR iaitu “United Nations High Commissioner for Refugees cardholders”.
Selangor merupakan kawasan yang paling digemari oleh mereka kerana mereka mudah untuk mendapatkan wang.
Netizen tidak akan menanyakan tentang latar belakang mereka sebaliknya mereka akan terus memberikan wang kerana berasa kasihan.
“Mereka berkata amat mudah untuk mendapatkan wang kerana penduduk Selangor sangat pemurah. Sehari mereka boleh dapat sebanyak RM 150-300” kata pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohamad Hanafi.
Tempat-tempat utama peminta sedekah:
- Seksyen 7
- Shah Alam
- Batu Tiga
- Klang
- Ampang
Mohamad Hanafi juga memperingatkan rakyat Malaysia supaya bijak apabila menderma kerana kebanyakkan dari mereka adalah peminta sedekah palsu. Terdapat juga peminta sedekah wanita menggunakan bayi yang bukan merupakan anak mereka sekadar untuk menagih simpati.
Jika anda tidak yakin terhadap mereka, anda boleh hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan membuat aduan.
Cara yang paling terbaik untuk mendermakan wang anda adalah derma kepada organisasi yang telah disahkan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diterjemah dari World Of Buzz