Para peminat bola sepak Pahang terpaksa gigit jari untuk melihat skuad Tok Gajah beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.

Hal ini kerana Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menolak untuk menyertai kempen itu.

Walaupun mereka sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Kedah yang berdepan dengan masalah lesen AFC.

Pahang
Sumber foto: Kosmo

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, keputusan tersebut dibuat kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada saingan Liga Malaysia 2018.

“PBNP ada menerima tawaran untuk menyertai Piala AFC 2018 melalui surat daripada FAM bertarikh 9 November. Bagaimanapun, PBNP menolak untuk menyertai Piala AFC 2018 melalui surat bertarikh 14 November 2017. Ia (alasan menolak tawaran) adalah untuk memberi sepenuh perhatian kepada liga domestik,” kata beliau.

Pahang
Sumber foto: Kosmo

Pahang pernah beraksi dalam saingan AFC pada 2005 serta 2007, namun tersekat pada peringkat kumpulan dan tahun 2015 mara ke suku akhir tetapi dikecewakan setelah tewas kepada kelab Istiklol dari Tajikistan dengan agregat 3-5.

Pahang

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Kosmo

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here