Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menyampaikan pesanan khas buat seluruh orang Melayu khususnya di negeri itu sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59, semalam.

Sultan Johor menzahirkan kebimbangan baginda yang sangat mendalam terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu pada ketika ini.

Sultan Johor
Sumber foto: The Malay Mail

“Meskipun baginda bersyukur dengan pembangunan pesat dan sikap toleransi kaum dan agama yang begitu tinggi dalam kalangan rakyat Johor, namun isu perebutan kuasa yang berlaku dalam kalangan pemimpin Melayu kini boleh menyebabkan perpecahan” titah baginda.

Baginda juga berkata sebagai raja yang telah berjanji dan berikrar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam, baginda tidak akan membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku yang akhirnya membuatkan orang Melayu berpecah belah dan menjadi lemah.

Kesusutan sebegini membuatkan hati baginda merasa bimbang dan saya mengambil pendirian untuk mengingatkan orang Melayu supaya mencari penyelesaian dengan segera.

BACA JUGA :   Susulan Diharamkan Berceramah, Ustaz Bollywood Bakal Menghadap Sultan Johor Untuk Beri Penjelasan

Sultan Johor

Tambah baginda, kepentingan dan pengaruh orang Melayu mesti dijaga sebaik-baiknya tanpa sebarang kompromi dan berdolak dalih, khususnya di Johor yang menjadi tempat bermulanya perjuangan Melayu yang paling tersusun dan berjaya.

Orang Melayu digesa supaya bangkit bersatu padu menjadi sebuah bangsa yang besar dan berpengaruh tanpa perlu menyinggung atau mengenepikan bangsa lain dan jangan hanya sibuk melaungkan tentang hak keistimewaan tetapi sesama bangsa Melayu, hidup leka dan bersengketa.

“Pemimpin mesti mengambil segala pendekatan dan mencari jalan terbaik untuk menjadikan kedudukan orang Melayu lebih baik dan dihormati,” titah Sultan Johor.

Baginda turut menasihatkan semua pemimpin Melayu supaya bermuafakat dan duduk semeja berbincang dalam mencari jalan penyelesaian bagi memastikan maruah dan kepentingan orang melayu sentiasa terbela.

Sultan Johor

“Tunjukkan keikhlasan dalam perjuangan untuk membela nasib orang Melayu, bukannya mengambil segala kesempatan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

BACA JUGA :   Selepas Singapura, Kini Sultan Johor Pula Haramkan Ustaz Haslin & Mufti Menk Berceramah Di Johor

“Kembalikan rasa percaya dan rasa setia orang Melayu kepada para pemimpinnya. Saya yakin, dengan adanya perdamaian dan permuafakatan, segala masalah dan cabaran akan dapat di atasi demi mencapai tujuan yang sama untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh orang Melayu,” titah baginda.

Diharapkan pesanan Sultan Johor ini akan dapat menyedarkan pemimpin-pemimpin berbangsa Melayu di luar sana agar menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan jangan hanya menunggu masa untuk merompak wang rakyat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here