Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) memperkenalkan pertandingan baharu berformat kalah mati Piala Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada tahun depan, sejajar dengan misi penjenamaan semula.
Piala TMJ yang mirip Piala FA dalam Liga Malaysia itu melibatkan kesemua negeri di Semenanjung, Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia yang menjadi ahli gabungan badan induk itu menurut timbalan presidennya, Firdaus Mohamed.
Pasukan luar juga kemungkinan akan diundang seperti Sabah dan Sarawak untuk memeriahkan Piala TMJ. Hal ini sekali gus boleh membina sifat daya saing.
Piala TMJ menyahut wawasan Tunku Ismail yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk merakyatkan bola sepak tempatan apabila beliau mengumumkan penubuhan Liga Divisyen 4, baru-baru ini.
PBMM pada setiap tahun mengelolakan dua pertandingan, Piala Emas Raja-raja (PERR) serta Piala Agong yang menjadi perlawanan pembuka tirai menemukan penyandangnya dengan juara PERR.
PERR yang hampir sebaya Piala Malaya (kini Malaysia) memasuki edisi ke-77 yang dimenangi oleh Pulau Pinang, dengan menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu lalu.
Saingan PERR yang bermula pada 20 September lalu turut mengundang 5 pasukan bukan ahli gabungan PBMM seperti Putrajaya, Felda United, DBKL, MCFA dan Penjara FC serta Singapura.
Piala Agong 2017 pula menjadi milik Pahang selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-3 di Kuantan pada 12 September lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata PBMM masih perlu mengkaji kesesuaian tarikh danjadua perlawanan seluruh pertandingan agar tidak bertindan dengan Liga Malaysia (Liga Super dan Perdana, Liga FAM dan Piala Malaysia).
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber:
Dipetik & diolah dari www.malaysiandigest.com