Kesan Banjir ke Atas Pilihan Raya 

Musim cuaca monsun di Malaysia dijangka memberi kesan besar ke atas keputusan pilihan raya sekiranya ia diadakan dalam masa terdekat. Ini sekaligus bermakna plilihan raya tidak akan berlangsung pada tahun ini tetapi pada tahun hadapan.

pilihan raya

Tarikh selewat-lewatnya untuk pilihan raya diadakan adalah Ogos 2018, tetapi terdapat desas-desus mengatakan Najib Razak mungkin mahu mengadakannya secepat mungkin kerana Bajet 2018 baru sahaja berlangsung dan mahu mengambil kesempatan di atas kecelaruan yang berlaku dalam jentera pihak pembangkang.

pilihan raya

Walaubagaimanapun, faktor cuaca yang sangat teruk pada masa sekarang tidak memungkinkan perkara tersebut untuk berlaku. Keadaan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlarutan lebih-lebih lagi daripada November hingga Januari.

Tambahan pula, negeri-negeri di kawasan utara Malaysia sedang dilanda banjir, termasuklah Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Apabila berlakunya banjir, ramai di kalangan rakyat yang semestinya tidak dapat keluar mengundi sekaligus menjejaskan keputusan pilihan raya.

BACA JUGA :   Uncle Kentang Bakal Bertanding di PRK Semenyih.

Pulau Pinang, yang merupakan negeri di bawah pimpinan pembangkang, kini dilanda banjir terburuk dalam sejarah sejak hujung minggu lalu. Kira-kira 7 nyawa terkorban dan beribu-ribu ditempatkan ke pusat pemindahan. Jumlah kemusnahan harta benda dianggarkan bernilai RM 200 juta.

Kerajaan persekutuan sudahpun memperuntukkan dana sebanyak RM 150 juta bagi projek tebatan banjir di Pulau Pinang. Sungguhpun begitu, kerajaan juga menegaskan agar bantuan untuk mangsa banjir tidak dipolitikkan dan keselamatan mangsa harus menjadi keutamaan.

Sumber foto : Utusan

Hala Tuju Kepimpinan Negara Selepas Pilihan Raya

Dalam masa yang sama, ramai penganalisis politik menjangkakan pilihan raya kali ini akan menjadi sangat sengit dengan isu kenaikan kos sara hidup menjadi tumpuan utama para pengundi.

BACA JUGA :   Isu Hangat Sekitar PRK Cameron Highlands

Tidak dinafikan, tahap ekonomi negara semakin berkembang tetapi kos sara hidup juga semakin meningkat. Justeru, pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini mungkin mengembalikan sedikit sebanyak kepercayaan rakyat kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Apa-apapun, diharapkan seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mangsa banjir di utara Malaysia terutamanya di Pulau Pinang yang sedang teruk dilanda banjir.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Bloomberg

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here