Sebuah kajian oleh Institut Yusof Ishak, Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) mendapati seramai 53 peratus masyarakat Johor mahu hukum hudud dilaksanakan di negeri tersebut.
Bukan itu sahaja, majoriti rakyat Johor juga mahu hukum itu dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Walaubagaimanapun, kemahuan rakyat Johor untuk melaksanakan hukum hudud adalah bertentangan dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menegaskan bahawa Johor bukan negara Taliban dan baginda tidak menerima unsur Arabisasi di negeri selatan Malaysia itu.
Ketegasan Sultan Johor itu terbukti apabila baginda melarang sebuah kedai dobi yang hanya eksklusif kepada masyarakat Muslim sahaja daripada beroperasi, jika ada masih ingat.
ISEAS membuat kaji selidik berhubung isu hudud itu terhadap 2,011 responden dari Johor. Daripada jumlah berkenaan, 53 peratus adalah masyarakat Melayu, 38 peratus Cina dan 7 peratus India.
Menurut penyelidik ISEAS, Rashaad Ali melaporkan, sokongan masyaralat Muslim Johor berkaitan hukum hudud adalah “semata-mata berasaskan faktor ‘islamik’ dan identiti sebagai Muslim yang memaksa mereka memberikan sokongan.
Lebih mengejutkan, keputusan ISEAS bertentangan dengan pungutan suara dilakukan oleh pusat kajian Merdeka Center yang mendapati 53 peratus masyarakat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan hukum hudud.
Selain itu, kajian tersebut turut mendedahkan bahawa tidak semua rakyat Johor bersetuju dengan keputusan Sutan Ibrahim untuk menamatkan hubungan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri itu (Johor) sendiri.
Meskipun begitu, 94 peratus responden bersetuju “Sultan Johor adalah ketua agama Islam yang baik”.
Keputusan yang diperoleh ini amat mengejutkan berikutan Johor adalah antara negeri termaju dalam kalangan negeri-negeri lain di Malaysia. Selalunya, fahaman Islam yang kuat ini seringkali dikaitkan dengan masyarakat Muslim di Kelantan, Terengganu dan Kedah lazimnya.
Jika dilihat, Johor adalah sebuah negeri yang lebih membangun secara ekonomi dan lebih urban berbanding negeri-negeri lain. Justeru, pihak ISEAS menjangkakan masyarakat Johor lebih moden dan mengamalkan Islam sebagai agama yang lebih progresif.
Respon daripada penduduk Johor ini mengesahkan lagi terdapat kebangkitan Islam yang semakin meningkat di Malaysia hari ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.