Bila sudah memasuki alam pekerjaan, memang tidak dapat dinafikan bahawa peluang dan ruang untuk menuntut ilmu itu tersangat lah terhad. Mana tidaknya, memerah keringat bekerja 7-8 jam sehari sungguh memenatkan. Hakikatnya, memang tak banyak masa nak menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diminati.

Mujurlah ada institusi pengajian seperti Kolej Dar al-Hikmah yang memahami dilema yang dihadapi golongan pekerja. Mereka sedar bahawa perlunya satu sistem dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kehendak dan keselesaan golongan ini.

Sekitar pemandangan di sekeliling KDH

Sebab itulah mereka menawarkan pembelajaran berbentuk modular (separuh masa) yang memberi peluang untuk menambah kelulusan dan disiplin ilmu dalam pengajian peringkat diploma. Program modular ini dirangka khas untuk anda semua yang sudah bekerja dan hanya memanfaatkan masa di hujung minggu sahaja.

Apa yang menarik tentang program modular ini adalah anda hanya perlu hadir ke kelas pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga sahaja setiap bulan. Hah, memang enjoy dan rileks.

Kolej Dar al-Hikmah
Suasana pembelajaran yang ceria dan tenang

Menurut Puan Norhidayah, salah seorang alumni program modular di KDH, beliau cukup berpuas hati dengan sistem pembelajaran modular dan cara pembelajaran secara terbuka yang diterapkan oleh para pengajar di KDH.

“Kolej Dar al-Hikmah memberi alternatif pembelajaran sepanjang hayat kepada saya yang sudah bekerja tetapi memerlukan latihan yang berterusan”, ujarnya.

BACA JUGA :   Universiti Luar Negara Yang Masih Buka Tawaran Pengajian

“Gaya pembelajaran yang bebas tetapi berdisiplin sangat sesuai untuk kami yang sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga”, tambahnya lagi.

Selain daripada itu, pengendalian kelas juga dilakukan dalam kumpulan yang kecil. Ini sangat memudahkan pelajar menyerap segala ilmu yang dicurahkan oleh para pengajar di samping mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pensyarah. Jadi, tak timbul rasa segan-segan lagi untuk bertanya soalan.

Kolej Dar al-Hikmah
Para pengajar memberikan sepenuh dedikasi dalam menyampaikan ilmu

Lebih terperinci, Kolej Dar al-Hikmah menawarkan pelbagai bidang ilmu termasuklah Perakaunan, Psikologi, Usuluddin, Pengajian Islam (Muamalat), Perguruan Pra-Sekolah, Kaunseling dan Pengajian Syariah.

Untuk makluman, program yang ditawarkan di Kolej Dar al-Hikmah mendapat pengiktirafan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk IPTS. Tenaga pengajar pula terdiri dari orang hebat-hebat dan semuanya memang sporting.

Kolej Dar al-Hikmah
Sebahagian daripada wajah-wajah warga pendidik di KDH

Rata-rata pelajar sangat memuji sistem pengurusan pihak kolej. Mereka sangat mesra dengan pelajar dan menitikberatkan keselesaan para pelajar untuk menuntut ilmu. Memang banyak kemudahan canggih yang disediakan bagi memastikan segala keperluan pelajar dipenuhi.

KDH komited menyediakan kemudahan terbaik buat para pelajar
Kolej Dar al-Hikmah
Antara kemudahan yang disediakan

Waktu kuliah memang senang nak fokus. Sebabnya suasana pembelajaran di KDH sungguh kondusif dan tenang. Mungkin disebabkan lokasi kolej yang bebas dari kesibukan kota.

BACA JUGA :   Guru Tadika Ini Pukul Budak 4 Tahun Sehingga Alami Pendarahan Teruk Di Telinga

Pada mulanya, ramai juga yang khuatir kalau-kalau syarat kelulusan yang ditetapkan adalah terlalu ketat. Tetapi sebenarnya tak perlu risau pun kerana mereka tidak meletakkan syarat kelulusan dalam Bahasa Arab sekiranya mahu mengambil jurusan berkaitan pengajian Islam.

Yuran yang dikenakan pun agak murah. Mudah kata, berbaloi lah jika dibandingkan dengan institusi-institusi lain. Kalau ada kesulitan dari segi kewangan, bantuan pendidikan pun disediakan bagi mereka yang layak.

Kolej Dar al-Hikmah

Sejujurnya, memang sangat seronok belajar melalui program modular di Kolej Dar al-Hikmah ini. Daripada masa Sabtu dan Ahad dibiarkan berlalu begitu saja, sekurang-kurangnya ada program ilmu yang boleh diisi. Cukup waktu, dapat kelulusan diploma.

Kolej Dar al-Hikmah
Perpustakaan sebagai tempat untuk menimba ilmu tambahan.

Biarpun sudah bekerja dan ada pendapatan, mencari ilmu amatlah dituntut. Banyak ilmu yang boleh dipelajari dan secara tak langsung memajukan akal fikiran serta kehidupan. Memang agak rugi sebenarnya kalau peluang ini dilepaskan begitu sahaja.

Ternyata Kolej Dar al-Hikmah adalah destinasi anda yang tepat terutamanya yang bercita-cita untuk  melanjutkan pengajian di samping meneruskan pekerjaan.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah untuk program modular pada 27 Januari 2018 menerusi pautan ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Kolej Dar al-Hikmah.

Kolej Dar al-Hikmah

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here