Seorang remaja berbangsa Pakistan yang bernama Muhammad Sameer, 14 mempunyai keupayaan luar biasa. Remaja itu boleh memusingkan kepalanya 180 darjah tanpa sebarang kesakitan.
Remaja yang berasal dari Karachi, Pakistan boleh memusingkan kepalanya menggunakan tangannya.
Sameer juga dikenali sebagai burung hantu oleh penduduk tempatan kerana kebolehannya.
Niatnya hanya untuk mencari pendapatan untuk menampung ahli keluarganya. Selepas bapa Sameer jatuh sakit sumber pendapatan mereka berkurangan.
Bapanya terpaksa berhenti kerana mempunyai sakit jantung.
Dia membuat persembahan sekitar Karachi bersam kumpulan tariannya, “Dangerous Boys”. Kumpulannya turut disertai oleh 7 orang lagi rakannya.
Sameer menerima bayaran antara Rs600 (RM24) hingga Rs1, 000 (RM40) untuk setiap persembahan.
“Saya bercita-cita untuk berlakon di dalam filem Hollywood satu hari nanti” katanya.
Selain itu, Sameer juga tidak mahu adik perempuannya berhenti sekolah sepertinya.
Moga cita-cita Sameer akan tercapai satu hari nanti!
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber:
Dipetik & diolah dari www.freemalaysiatoday.com