Tindakan Mulia Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan meringankan hukuman mati terhadap dua banduan kepada penjara seumur hidup sempena Hari Keputeraan baginda pada hari Jumaat ini.

Menurut setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan Sultan Nazrin pada 12 Oktober lalu.
Kedua-dua banduan tersebut disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan masing-masing telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Taiping pada 19 Mac 2009 dan 15 Jun 2009.

Sebelum ini, rayuan kedua-dua mereka telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan dan mereka sudah menjalani hukuman penjara lebih 16 tahun bermula tarikh reman sejak 2001.
Dengan pengampunan itu, kedua-dua banduan berkenaan kini hanya akan dipenjara seumur hidup berkuat kuasa mulai tarikh persidangan itu (12 Oktober).

Sultan Nazrin juga bertitah bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat agar undang-undang negara dihormati dan dipatuhi.
“Baginda juga menitahkan pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah akan hanya dipertimbangkan apabila banduan menunjukkan sifat insaf”, ujar Abdul Puhat.
“Kedua-dua mereka juga sedar serta menyesal akan kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf, berkelakuan baik semasa dalam tahanan serta menunjukkan azam untuk memulakan penghidupan baharu,” tambahnya lagi.

Justeru, diharapkan keringanan hukuman ini dapat membuatkan kedua-dua banduan tersebut bertaubat bersungguh-sungguh dan pulang ke pangkal jalan yang diredai Allah SWT.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber :