Kredit foto : Malaysian Digest

Tragedi banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang tempoh hari mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ini dapat dilihat apabila rakyat Malaysia semuanya bersatu dalam menghadapi bencana tidak kira bangsa, agama mahupun fahaman politik.

Sumber foto : Malay Mail Online

Pepimpin-pemimpin politik daripada kebanyakan parti juga sanggup turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada negeri yang diperintah oleh pembangkang itu. Pendek kata, segala perbezaan politik diketepikan. Yang penting, bantuan kepada mangsa harus dihulurkan dengan segera.

Yang lebih menyentuh hati, beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang bilal membawa mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada non-Muslim untuk berlindung di sebuah surau.

Gambar sekadar hiasan

Ini menunjukkan betapa rakyat di Pulau Pinang khususnya, mengetepikan perbezaan agama demi membantu menyelamatkan antara satu sama lain.

Menurut bilal yang berusia 50 tahun itu, dia merasa terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa itu menyelamatkan diri daripada banjir di sepanjang kawasan Lengkuk P.Ramlee kira-kira pukul 2 pagi.

BACA JUGA :   Feri Ikonik Pulau Pinang Dinaik Taraf Bermula 1 Januari 2021
surau
Bilal, Sapno. Sumber foto : Malaysian Digest

Dia melihat mereka cuba untuk berlindung di kuil berdekatan, namun tidak dapat berbuat demikian kerana air yang terlalu deras.

Justeru, dia pergi dan mengajak mereka untuk masuk ke dalam surau dan berlindung.

Pada mulanya, mereka sedikit segan untuk memasuki surau kerana mahu menghormati rumah ibadat kaum Muslim. Tetapi apabila air sudah mencecah paras dada, mereka tiada pilihan selain masuk ke dalam surau bagi menyelamatkan nyawa.

Gambar sekadar hiasan. Sumber foto : Astro Gempak

Kira-kira 70 mangsa banjir daripada kaum Cina dan India yang berlindung di dalam masjid pada waktu itu.

Namun, ada juga sesetengah pihak yang mencemuh tindakan mulia bilal bernama Sapno Tukijo itu sebaik sahaja gambar-gambar tersebut tersebar di media sosial.

Walaubagaimanapun, Sapno tidak mempedulikan semua cemuhan itu dan yakin bahawa dia melakukan tindakan yang betul.

Gambar sekadar hiasan. Sumber foto : Utusan

“Saya hanya mahu menyelamatkan nyawa mereka. Saya akan dihimpit rasa bersalah sekiranya saya tidak mempedulikan kesengsaraan mereka mencari tempat perlindungan”, ujar Sapno.

BACA JUGA :   Manis-Manis Pedas Gani Pasembur, Sekali Terkena Mesti Terkenang Selalu

Ramai di antara mangsa yang terpaksa meninggalkan rumah dengan tergesa-gesa hinggakan tidak sempat untuk membawa pakaian tambahan serta selimut.

Justeru, bilal ini dan isterinya memberikan mereka telekung untuk digunakan sebagai selimut tatkala mereka sedang menggigil kesejukan.

surau
Kredit foto : Malaysian Digest

Kesemua mangsa kemudiannya meninggalkan surau setelah keadaan kembali surut serta tidak mahu membebankan Sapno dan isterinya.

Semoga tindakan mulia Sapno ini menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia. Bantulah mereka yang memerlukan tidak kira walaupun berbeza warna kulit, agama mahupun bangsa.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here